Insan & Komuniti 26 Dec, 2021

Video| Terjun sungai: Lelaki gagal bunuh diri! Sungai cetek! Tak ubah macam filem Madu Tiga!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


JAMBATAN yang di bawahnya ada sungai atau lautan sering menjadi tempat popular untuk insan yang mengalami tekanan hidup bagi membunuh diri selain bangunan tinggi sebagai penamat kepada penyelesaian masalah.

Kalau di Malaysia, Jambatan Pulau Pinang sering berlakunya kes bunuh diri.

Namun dalam Islam, membunuh diri adalah haram! apa jua masalah pasti ada jalan penyelsaian dan bukannya mengambil jalan tengah!


Lagi kisah-kisah tragik berkaitan bunuh diri


Seorang lelaki nekad menamatkan nyawanya dengan terjun ke dalam sungai.- Kredit Video: IG makassar__iinfo


Namun, di Indonesia lain jadinya apabila niat membunuh diri seorang busker bertukar menjadi bahan ketawa orang ramai.

Tidak ubah seperti dalam babak filem Madu Tiga di mana Jamil lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee terjun ke dalam sungai untuk membunuh diri setelah dikejar oleh tiga madunya. 

Lucunya, niatnya itu tidak tercapai kerana sungai tersebut terlalu cetek.

Begitulah yang boleh digambarkan dalam kes di negara jiran ini yang  berlaku di Laluan Pesisir, Kota Tegal, Jawa Tengah.

Busker itu dikenali sebagai Suratno dari daerah Cilacap. Lapor portal Radarcirebon.com, tidak diketahui alasan lelaki berkenaan bertindak mahu membunuh diri dengan terjun ke dalam Sungai Kemiri.


Lelaki ini gagal membunuh diri kerana sungai terlalu cetek.


Dalam video yang tular, kelihatan seorang lelaki yang berusia 56 tahun sedang ditenteramkan oleh orang ramai agar jangan terjun ke dalam sungai. 

Namun puas dipujuk tetapi lelaki berkenaan nekad dengan keputusan dan terus terjun tanpa sempat dihalang.

Sungai tersebut mengalir ke laut Jawa dan aliran airnya kelihatan keruh kerana bercampur lumpur. Jadi, tidak diketahui kedalaman sungai tersebut.

Ketika busker tersebut jatuh ke dalam sungai, ternyata sungai itu tidak dalam menyebabkan hasrat itu tidak kesampaian.

Orang ramai yang menyaksikan itu terus menerpa lebih dekat untuk melihat nasib busker berkenaan. Mereka bersyukur kerana sungai tersebut tidak dalam dan busker itu selamat. 

Namun suasana berubah sekelip mata daripada bimbang dan cemas, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu mula ketawa kerana menganggap ia perbuatan lucu.

Akhirnya kejadian itu menjadi bahan ketawa orang ramai dan juga netizen. 



Menurut Ketua Polis Daerah Sumurpanggang, AKP Toto Sayogo, kejadian bunuh diri itu gagal kerana air sungai cetek.

“Kami dapat selamatkannya kerana air sungainya cetek,” jelasnya.

Sementara itu, penduduk di sekitar lokasi bersorak lega kerana percubaan membunuh diri itu gagal. 

Ingat, pantau keluarga atau kenalan rapat sekiranya mereka didapati murung kerana kebanyakan kejadian bunuh diri berpunca daripada kemurungan! - KitaReporters


20
10
0
13
0
You will be interested