Insan & Komuniti 02 Mar, 2021

Terima kasih PESONA, PRESMA! Pek makanan nasi beriani untuk anggota polis IPK Hulu Selangor!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


SEBAGAI menghargai jasa dan sumbangan barisan hadapan dalam usaha memerangi Covid-19 di negara ini, Kelab Pesona Selangor (PESONA) dengan kerjasama Rangkaian Restoran Salam mengagihkan 200 pek makanan tengah hari kepada anggota polis dan petugas sekatan jalan raya (SJR) di kawasan Hulu Selangor.

Sumbangan juadah nasi beriani dan roti  disampaikan oleh Pengerusi PESONA, Khairul Azhari Saut kepada Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Arsad Kamaruddin di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 26 Februari 2021.

Turut hadir pada majlis penyerahan sumbangan makanan tersebut ialah pemilik Rangkaian Restoran Salam Sentosa merangkap Naib Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Abdul Mukthair M. Ibrahim.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan sumbangan makanan:

https://kitareporters.com/search?search=sumbangan+makanan



Menurut Khairul Azhari, inisiatif ini sebahagian daripada tanggungjawab sosial serta tanda sokongan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus menjalankan tugas mereka pada saat dunia sedang dilanda pandemik Covid 19.

“Sumbangan ini tidak mampu untuk membalas jasa petugas barisan hadapan. Akan tetapi ia manifestasi sokongan pihak kami terhadap pengorbanan kumpulan ini.

“Kita berharap ia sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka sekali gus menunjukkan kebersamaan pihak kami dalam memberi sokongan untuk kita bersama melawan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan media pada 27 Februari 2021.

PESONA sebelum ini turut bergerak menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada golongan kurang berkemampuan yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested