Kisah Insan 25 Jun, 2021

YaPEIM Selangor prihatin! Bantu warga emas tiada waris! Sumbang barangan kering untuk Mahmudah!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Pegawai YaPEIM Selangor, Firdaus Mohamad (tengah) sambil diperhatikan oleh Azman Razman dan Mohiadin Bohado (kanan) melihat barangan kering yang disumbangkan kepada Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia di Semenyih, Selangor.


BERKONGSI pahala sedekah dengan penyumbang dan usahawan, Yayasan Pembangunaan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Selangor menghulurkan sumbangan berupa barangan kering kepada Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, di Semenyih, Selangor, pada 22 Jun 2021 lalu.

Sumbangan 50 bungkusan barangan kering keperluan asas harian itu seperti beras, gula, susu, tepung gandum, bihun, minyak masak, sardin dan makanan segera bagi meringankan bebanan pusat itu dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  3.0 penuh (total lockdown) pandemik Covid-19 sekarang.

Ketua Penyelaras YaPEIM Selangor, Yaacob Alias, berkata sumbangan daripada orang ramai ke Tabung Amanah YaPEIM itu dimanfaatkan pula untuk kerja amal dan kebajikan bagi membantu masyarakat ditimpa musibah termasuk pusat jagaan warga emas dan rumah kebajikan yang lain.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan YaPEIM


Menurutnya, menerusi Program Foodbank 3.0 itu, YaPEIM mendapatkan pula bekalan barangan kering daripada usahawan yang dibantu dalam bidang ekonomi dan secara tidak langsung menyuntik operasi perniagaan mereka dalam PKP 3.0 penuh sekarang. 

“Walaupun sumbangan ini tidak seberapa tetapi sekurang-kurangnya membantu pusat berkenaan mendapat barangan mentah untuk dimasak kerana dalam PKP sekarang sukar bagi mereka mencari dana untuk menampung kos perbelanjaan harian.

“Bukan sahaja YaPEIM pelbagai pihak lain wajar mengambil langkah serupa bagi membantu pusat jagaan dan rumah kebajikan  lain untuk beroperasi seperti biasa tanpa sebarang masalah sepanjang PKP lockdown,” katanya.


Pegawai YaPEIM Selangor dengan dibantu Azman dan Mohiadin mengangkat barangan kering yang disumbangkan.


Yaacob hadir bersama-sama pegawai YaPEIM antaranya Firdaus Mohamad dan Nurhanani Sajim menghulurkan sumbangan barangan kering itu kepada Pengerusi Mahmudah Malaysia, Azman Rasman. Turut hadir Penasihat 2 pusat jagaan berkenaan, Mohiadin Bahado.

Yaacob berkata, sumbangan itu juga sebagai tanda keprihatinan YaPEIM membantu mereka yang kurang bernasib baik seperti warga emas di pusat jagaan berkenaan bagi meneruskan kelangsungan hidup terutama mereka yang tidak mempunyai waris.

“Saya kagum dan berasa terharu dengan semangat serta keikhlasan mereka yang mengurus pusat jagaan ini secara sukarela walaupun terpaksa menghadapi pelbagai masalah khusus dalam mencari dana bagi menampung kos pengurusan,” katanya. 


Yaacob (kiri) dan Firdaus (kanan) bersama barangan kering sumbangan YaPEIM Selangor.


Sementara itu, Azman berkata, dalam situasi PKP lockdown sekarang menyukarkan pihak pengurusan pusat jagaan berkenaan untuk keluar bagi mengumpul dana atau berjumpa dengan pelbagai pihak yang boleh menjadi penaja kos perbelanjaan beberapa perkara. 

“Pada setiap bulan pusat ini memerlukan kos perbelanjaan untuk pengurusan mencecah RM50,000, bagaimanapun kamu bersyukur dalam PKP lockdown sentiasa ada pihak yang prihatin menghulurkan bekalan makanan basah seperti ikan dan ayam.

“Mereka yang ingin membantu termasuk untuk mengeluarkan zakat boleh menghubungi saya menerusi nombor telefon, 019-977 7419, Ruslan Saidin (019- 212 3757) dan Sazali Mohiden (019-368 8142) sementara sumbangan wang boleh disalur ke Akaun CIMB Islamic -8603160021 (Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia) atau ke Akaun Maybank Islamic -562384521053 (Pusat Kebajikan Mahmudah Malaysia),” kata Azman. - KitaReporters

Azman (tengah) menyampaikan taklimat ringkas mengenai Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia kepada Yaacob, Firdaus dan Nurhanani.


Pegawai YaPEIM Selangor bersama barangan kering yang disumbangkan kepada Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia.

 

11
6
0
0
0
You will be interested

Tolong kami! Bantu Afghanistan! GPM, MVM seru hulur lebih banyak bantuan! Musim sejuk nak tiba!

Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) terpanggil bantu ringan beban dan berjaya agih 60 tan makanan asas kepada 5,000 orang.

Zuhayati Yazid in Kisah Insan 4 days ago

BERNAS agih 3,000 pek barangan keperluan! Kepada golongan terkesan dan petugas barisan hadapan!

BERNAS tampil bantu komuniti terkesan, anggota barisan hadapan seperti polis dengan sediakan sumbangan barangan keperluan bagi meringankan beban ketika COVID-19
Mohammad Ishak in Kisah Insan 1 day ago

Perjuangan Anita Yusop! Lawan penyakit tumor otak! Teruskan kembara prihatin Anita Bikers Club!

Di sebalik usaha berterusannya bantu mereka kurang bernasib baik melalui kembara prihatin Anita Bikers Club, Anita Yusop bergelut melawan penyakit tumor otak
Rodli Nayan @ Rodly Fadly in Kisah Insan 2 days ago

Jadi negara tua: Biro Warga Emas perlu diwujudkan! Lindungi hak mereka! Demi jamin masa depan!

SEBAGAI persiapan negara menjadi 'negara tua' dalam tempoh kurang 10 tahun ini, perisai penting dalam memelihara kebajikan golongan itu perlu diutamakan.
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 2 days ago

Pelajar berfoto bersama ijazah di pusara bapa! Lihat papa! Aku miliki ijazah sama macam papa!

Tular foto Nadhifa Laudza Shabrina junjung ijazah sarjana mudanya di pusara bapa pada Okt 2021 sebagaimana dia junjung ijazah sarjana arwah bapa pada Okt 2009
Adnan Mohamad in Kisah Insan 3 days ago