Kisah Insan 06 Jul, 2021

Terbaiklah Tok Ti! Sasar bantu 1,500 keluarga susah akibat PKP, PKPD! Ada anak 6 tahun ke bawah!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this


Penyanyi tersohor negara, Dato Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 42, menyasarkan dapat membantu 1,500 keluarga yang terjejas akibat pandemik COVID-19 sepanjang pelaksanaan tempoh PKP dan PKPD ini melalui Bantuan Prihatin 2021 yang dianjurkan oleh Yayasan Nurjiwa dan keluarga CTDK Holdings Sdn. Bhd.

Bantuan Prihatin 2021 menyasarkan penyampaian sumbangan kepada golongan kanak-kanak daripada keluarga yang memerlukan di seluruh Selangor dan di Kuala Lumpur.

Selaku pengasas Yayasan Nurjiwa merangkap Presiden CTDK Holdings, Siti Nurhaliza berharap agar program bantuan ini akan dapat meringankan beban keluarga yang mempunyai anak kecil.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Siti Nurhaliza


“Kami akan usahakan secara berperingkat-peringkat dan menyasarkan 1,500 keluarga yang terjejas akibat pandemik sewaktu PKP dan PKPD ini. Justeru, saya juga berharap agar lebih ramai lagi pihak yang akan menyertai kami sebagai Rakan Kolaborasi Prihatin bagi program bantuan ini,'' ujar Siti yang memuat naik poster dan kenyataannya dalam laman Instagramnya @ctdk pada 4 Julai 2021. 

Jelas Siti Nurhaliza atau sering disapa Tok Ti, bantuan  yang disediakan memberi fokus kepada barangan keperluan kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah dan boleh dimohon oleh keluarga di Selangor dan di Kuala Lumpur.

Program bantuan berkenaan turut disertai syarikat Ikhlas.com, Mommyhana Creative Sdn. Bhd., Yayasan Rosni Noor dan L&K Multivision Sdn. Bhd.

Sehubungan itu juga, pihak Yayasan Nurjiwa dan keluarga CTDK Holdings iaitu SimplySiti, BeauSiti dan BeauTYRA mengalu-alukan lebih ramai individu, syarikat dan NGO untuk menyertai usaha ini sebagai Rakan Kolaborasi Prihatin.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih di atas kesudian syarikat Ikhlas.com, Mommyhana Creative, Yayasan Rosni Noor dan L&K Multivision yang bersama menjadi Rakan Kolaborasi Prihatin bagi program bantuan tersebut.

''Sejak pandemik melanda negara hingga ke hari ini, usaha pelbagai pihak menyalurkan bantuan tidak pernah terhenti dan saya terharu dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh rakyat.

“Hari ini kita terus kuat bersatu dan menjadi sebuah keluarga besar tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan dan sebagainya,'' tambah Tok Ti.



Bagaimanakah cara memohon Bantuan Prihatin 2021 ini?

Mudah sahaja.

Keluarga susah yang layak memohon terdiri daripada mereka yang mempunyai anak berusia 6 tahun ke bawah.

Pemohon hanya perlu  mengisi dan melengkapkan maklumat yang diperlukan di Google Form sahaja melalui pautan https://forms.gle/g4WzEVHYsTt9pC548.

“Permohonan mendapatkan bantuan ini hanya perlu dibuat oleh salah seorang wakil iaitu suami atau isteri sahaja,” jelas Siti sambil berharap lebih ramai juga akan tampil menghulurkan sumbangan  ke Tabung Bantuan Khas Palestin dan COVID-19 yang dilancarkan oleh Yayasan Nurjiwa dan CTDK berama Kita Fund

Bagi tujuan itu, mereka boleh menyumbang melalui link https://kita.fund/YNJCTDKHoldings atau terus ke laman web Kita Fund, jelas Siti Nurhaliza penuh harapan. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Video| Daulat Tuanku! Rakyat Kelantan sudah ada Sultanah! Tapi wajah sebenar cetus kekeliruan!

Sultan Muhammad V lantik Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan dan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra jadi Che Puan Mahkota Kelantan

Alahai kesian! Bayi 6 bulan meninggal dunia! Bapa bawa naik motosikal 500km! Nak tonton bola sepak!

Seorang bayi berusia enam bulan meninggal dunia selepas dibawa naiki motosikal sejauh 500km oleh ibu bapa muda semata-mata mahu tonton perlawanan bola sepak
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 1 day ago

Ustazah Basikal? Kongsi kisah 15 bulan, 14 negara Kembara Memburu Hikmah! Dengan warga Giatmara!

Ustazah Noradilah Mohd Sapie (Ustazah Basikal) rentasi 14 negara dengan kayuh basikal bersama suami, krew jadi perkongsian menarik warga Giatmara Nibong Tebal
Nur Sabrina Samsudin in Kisah Insan 1 day ago

Video| Selamat jalan Sandy @ Olivia Newton-John! Kekasihmu selama-lamanya, Danny @ John Travolta!

Penyanyi legenda Olivia Newton-John meninggal dunia pada usia 73 tahun pada 8 Ogos 2022 di California akibat barah payudara tahap 4t yang dideritai sejak 2018
Kartini Mohd Noor in Kisah Insan 1 day ago

Video| Mak oii! 22 tahun tak mandi! Simbol juangkan keadilan! Tapi warga emas ini tetap sihat!

Dharamdev Dam, 62, warga emas di Bihar tak mandi sejak 2000 sebagai tanda simbolik menentang isu keganasan terhadap wanita, pertikaian tanah, pembunuhan haiwan
Fitri Hazim in Kisah Insan 2 days ago