BAPA mana sanggup melihat anaknya berada dalam kesusahan dan kesakitan, semestinya bimbang keselamatan anaknya terutama anak perempuan mengatasi segala-galanya. Malah tidak keterlaluan jika menyatakan si bapa sanggup menggantikan kesakitan yang dialami anak sebagai bukti kasihnya seorang ayah. : KitaReporters
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Fizo Omar:
https://kitareporters.com/search?search=fizo+omar
Itulah yang berlaku kepada pelakon kacak Wan Hafizul Wan Omar atau lebih dikenali Fizo Omar yang terlalu risau dengan keadaan kesihatan apabila pengarang jantung yang berusia empat tahun, Wan Maryam Wan Hafizul yang disahkan positif Covid-19 bersama ibunya Mawar Karim dan terpaksa ditahan di wad.
Berkongsi luahan hati mengenai anak tunggalnya dalam laman Instagram nyata membuktikan Fizo seorang bapa yang penyayang dan terlalu
bimbang keadaan Maryam.
"Hari ni, 8 jan 2021 hari yg ke-5 Maryam admitted disebabkan jangkitan virus covid-19. Alhamdllh sekarang ni keadaan Maryam ok dan aktif seperti biasa. Hopefully antibody dia kuat dan tak mengalami symptoms covid yg saya tahu melalui research dan pengalaman mereka yang dah lalui memang sakit dan sgt perit sehingga boleh meragut nyawa,” kongsinya.
Malah sebagai bapa, Fizo mengakui terlalu risau dengan
perkembangan kesihatan anaknya dan sanggup melakukan apa sahaja kepada anak
tunggalnya hasil perkongsian hidup bersama bekas isterinya Mawar.
“As a father, inilah satu-satunya anak yg saya ada dan
macam2 usaha dilakukan selama 4 tahun sabar menanti kelahiran anak yang hebat
ni.
“Susah saya nak gambarkan perasaan seorang ayah yang menanti setiap detik keadaan anak di hospital yang sedang bertarung dengan covid.
"Ayah sggp buat ape sahaja demi anak, tapi disebabkan covid, apa pun tak boleh buat, nak pg tgk, nak jmpa, nak bg semangat... semuanya tak boleh dan hanya mampu berdoa dan berharap semoga maryam kuat dan Allah sembuhkannya dan kembali ke pangkuan daddy,” ujarnya lagi.
Katanya lagi buat masa ini mereka hanya berhubung melalui panggilan video dan terus memberi kata-kata semangat dan tidak sabar menunggu anaknya keluar dari wad nanti.
Namun ketika hatinya tidak tenang memikirkan keadaan Maryam, Fizo tetap cekal meneruskan perjalanan hidup dan sanggup turun padang meneruskan aktiviti kemasyarakatan bagi membantu mangsa-mangsa banjir.
Terbaharu, Fizo berjaya mengumpul barangan keperluan hasil kutipan derma untuk misi bantuan banjir di Pahang.
Lebih membanggakan Fizo juga dapat sumbangan daripada
beberapa syarikat lain yang sudi menyumbangkan keperluan termasuklah roti
Gardenia, minyak masak Alif, barang keperluan wanita Librasse dan beberapa barangan lain untuk diagihkan
kepada mereka yang memerlukan.
“Harini sy datang pickup semua barang keperluan yang nak dibawa esok. InshaAllah warga Pahang akan dapat bantuan esok.
"Sy dan team akan bertolak jam 7 pagi esok. Doakan untuk mangsa banjir dan untuk semua. Hanya Allah yang dpt membalas jasa korang semua yang menyumbang. Terima kasih!,” kongsinya.
Terima kasih team Fizo hanya Allah yang dapat balas
jasa kalian membantu mereka yang memerlukan! - KitaReporters