Insan & Komuniti 28 Apr, 2021

Ustaz Abdul Somad akan tamat zaman dudanya! Bakal berkahwin dengan gadis 19 tahun pada Mei ini!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

USTAZ ABDUL SOMAD


PENDAKWAH terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad, 44, akan menamatkan zaman dudanya apabila dia dilaporkan akan berkahwin dengan seorang gadis berumur 19 tahun pada 20 Mei 2021

Gadis berkenaan, Fatimah Az Zahra Salim Barabud iaitu seorang lulusan sekolah pondok dan calon isterinya berasal dari Desa Kepuhkembeng, Peterongan, Jombang, Jawa Timur. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pernikahan

FATIMAH AZ ZAHRA


Sebelum ini, Abdul Somad yang nama sebenarnya Abdul Somad Batubara Bakthiar pernah bernikah dengan Mellya Juniarti pada 20 Oktober 2012 tetapi berpisah pada 3 Disember 2019 di Pejabat Pengadilan Agama Bangkinang, Riau.

Hasil  perkawinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Miryan Hadziq Abdillah.


Ustaz Somad bersama bekas isteri, Mellya Juniarti dan anak mereka. - Kredit foto: Tribunenews


Difahamkan juga, penceramah tersohor yang sering muncul di television di negara jiran itu juga pernah berkahwin dengan seorang model dari Korea, Ayana Jihye Moon tetapi ikatan perkahwinannya tidak berpanjangan. 

laporan Kompas.com dipetik berkata penikahan mereka telah didaftar di Pejabat Agama Peterongan pada 6 April 2021 lalu. 

Dengan pendaftaran itu, kedua-dua calon suami isteri telah mendapat kelulusan serta kebenaran daripada Ketua Bimbingan Masyarakat Islam di Jombang untuk bernikah. 

``Penikahan mereka dijangka akan dilangsungkan pada 20 Mei 2021 di sebuah hotel di Jombang,’’ kata Kompas.com.


USTAZ ABDUL SOMAD. - Kredit foto: Instagram


Perkahwinan Abdul Somad dengan Fatimah Az Zahara sebelum ini telah menjadi perhatian orang ramai kerana tidak diduga gadis yang masih muda berjaya  memikat hati pendakwah itu selain dia belajar di sebuah sekolah pondok.

Sebelum ini, gambar bakal pasangan suami isteri itu tersebar meluas dalam media sosial. - KitaReporters

5
10
3
4
5
You will be interested