Insan & Komuniti 14 Apr, 2021

Dari Kelantan tapi cari rezeki di Pulau Pinang! Sempena Ramadan, dapat motor baharu daripada YB

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Perumpamaan yang sesuai diberikan kepada pemuda ini yang gigih mencari rezeki menjadi penghantar makanan biarpun terpaksa pinjam basikal kawan

Pemuda bernama Mohamad ini yang berasal dari Kelantan tetapi mencari rezeki di Pulau Pinang patut jadi tauladan kepada anak-anak muda dalam mencari rezeki. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Sim Chee Keong


Bagi Ahli Parlimen Bukit Mertajam ini, Steven Sim Chee Keong, beliau kagum dengan semangat adik ini dalam usaha mencari rezeki. 

Malah beliau kurang bersetuju yang kata Melayu malas dan Cina kaya, sebaliknya setiap orang bergelut dalam mencari rezeki. 




Pemuda yang berusia 22 tahun bagaikan tidak percaya apabila Steven sanggup membelikan motosikal baharu untuk dirinya.

Ini dikatakan rezeki tidak pernah salah alamat. 



Terima kasig YB kerana sudi bantu orang yang memerlukan. Ini membuktikan kehidupan ketika ini bukan mudah apatah lagi dalam usaha mencari rezeki ditambah kita sedang berperang dengan COVID-19. 

Kepada adik tersebut, moga dimurahkan rezeki dan terus bersemangat dalam mencari rezeki.  Gunakan motor ini sebaik mungkin. - KitaReportes


10
4
1
0
0
You will be interested