Insan & Komuniti 13 Apr, 2021

Tolong kami! Bantu beri sumbangan untuk Lemari Kasih Ramadan! Projek amal di Hospital Besut!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Sebuah rak disediakan di Hospital Besut untuk kemudahan orang ramai memberi sumbangan makanan, minuman berbuka puasa.


KEHADIRAN Ramadan memberi peluang untuk umat Islam meningkatkan lagi amal ibadah dengan melakukan lebih banyak kerja amal. Selain solat dan membaca al-Quran, amalan bersedekah juga antara yang digalakkan oleh agama

Hospital Besut (HB) meneruskan tradisi Ramadan dengan menggalakkan masyarakat bersedekah menerusi program Lemari (Almari) Kasih Ramadan yang disediakan di hospital tersebut.

Program seperti bank makanan yang masuk tahun keempat itu memberi peluang orang ramai khususnya umat Islam untuk menyumbangkan pelbagai sumbangan sama ada berbentuk makanan, minuman dan keperluan-keperluan lain yang sesuai untuk berbuka puasa dan sahur.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Hospital Besut 


Emilia Abdul Ghani


Penyelaras program, Emilia Abdul Ghani berkata, Lemari Kasih Ramadan menyediakan makanan dan minuman berbuka puasa serta sahur untuk petugas kesihatan, pesakit dan waris mengiringi pesakit yang datang ke Hospital Besut setiap hari sepanjang bulan puasa. 

Katanya, menerusi program itu, ia memerlukan  sumbangan, infak dan sedekah hamba-hamba Allah yang bermurah hati. 

Beliau berkata, program yang diperkenalkan sejak 2017 sentiasa mendapat sokongan dan sambutan orang ramai yang menyumbangkan pelbagai jenis makanan, minuman dan kewangan untuk keperluan pesakit, petugas dan penjaga di hospital tersebut. 

Emilia berkata, bagi memudahkan orang ramai menyumbang keperluan tersebut pihaknya menyediakan almari khas untuk diletakkan bahan makanan dan keperluan-keperluan lain

“Kami menganggarkan 70 hingga 100 pek untuk keperluan juadah berbuka puasa, manakala 50 pack untuk bersahur pada setiap hari,” katanya. 


Petugas Hospital Besut


Katanya, Lemari Kasih tersebut diadakan untuk memberi makanan berbuka atau bersahur bagi mereka yang menemani pesakit di dalam wad atau musafir yang sedang menerima rawatan di unit kecemasan serta orang awam. 

“Terpulangkan kepada orang ramai untuk memberi berapa pek tapi kami akan cuba gabungkan infak jika jumlah tidak mencukupi atas apa yang kami cadangkan,” katanya. 

Katanya, pihak penganjur juga memerlukan air mineral, kurma dan kuih muih sepanjang bulan Ramadhan. Jika tidak keberatan orang ramai juga boleh mengInfak untuk tabung air mineral.

Orang ramai atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berhasrat untuk melakukan sedekah dan amal jariah kepada projek berkonsep bank makanan tersebut boleh menghubungi Emilia menerusi talian 019-9866609 untuk kemudahan penyusunan jadual juadah berbuka atau bersahur. - KitaReporters


Petugas Hospital Besut dan masyarakat setempat sentiasa bekerjasama dalam program komuniti

 

7
0
0
1
0
You will be interested