Insan & Komuniti 22 May, 2021

Jom Donate 4 Palestine! Neelofa, PU Riz, artis-artis berjaya kumpul RM2j! Bantu rakyat Palestin!

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this


AKHIR-AKHIR ini nama Neelofa Mohd. Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz, menjadi tumpuan netizen kerana beberapa kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP)

Dek terlalu marahkan Neelofa, netizen telah lancar petisyen menggesa selebriti tersebut dipenjara dan sehingga kini berjaya mengumpul kira-kira 60,000 tandatangan yang dikumpul menerusi petisyen secara maya itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Neelofa

Neelofa dan suami juga tidak ketinggalan dalam membantu rakyat Palestin.


Meskipun sedar namanya menjadi amarah orang ramai, Neelofa tetap meneruskan rutin kehidupan seperti biasa. Menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, beliau bersama suami turut terlibat untuk membantu rakyat Palestin bersama pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), JomDonate.

Satu daripada inisiatif yang dijalankan oleh pihak Jomdonate adalah kempen Donate 4 Palestine dengan kerjasama beberapa NGO termasuk Muslim Care serta rakan-rakan artis seperti Wany Hasrita, Amira Othman, PU Amin dan ramai lagi.

Kempen yang dimulakan sejak 9 Mei 2021 lalu itu sudah mencecah kutipan RM2 juta yang mana akan disalurkan terus kepada rakyat Palestin yang akan digunakan untuk kos perubatan, kemanusiaan, kecemasan dan keperluan mendesak yang lain.

Usaha membantu penduduk Palestin tetap diteruskan terutama selepas hampir kebanyakan tempat tinggal musnah sehingga mengakibatkan kematian.


Neelofa menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa menghulur bantuan untuk rakyat Palestine.


Bagi PU Riz, apa yang dibuat bukan semata-mata untuk memberikan bantuan, sebaliknya ia sebagai bukti kasih sayang dan keprihatinan sesama saudara Islam.

“Mari kita bersama-sama bantu mereka dengan menghantar sumbangan dan menginfak harta kita ke jalan Allah SWT sebagai tanda sokongan kita kepada mereka.

“Doa juga adalah senjata bagi umat Islam, maka kita jangan berhenti berdoa untuk saudara kita di sana agar mereka terus kuat dan sentiasa dilindungi Allah.

“Setiap wang ringgit yang disumbangkan ini mungkin kecil pada kita, tetapi ia amat besar pada mereka yang memerlukan. Mungkin juga ia boleh menjadi asbab untuk kita mudah masuk ke syurga, insya-Allah,” katanya.


Pesan PU Riz, jangan berhenti berdoa untuk rakyat Palestin.


Allah SWT berfirman dalam surah Saba’ ayat 34 yang bermaksud;

“Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki antara hamba-Nya; Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.”

Semoga dengan bantuan anda dapat memberi sinar harapan buat saudara Islam kita di sana. Semoga setiap nilai yang dikeluarkan untuk meringankan beban mereka, Allah SWT memudahkan urusan seharian kita semua.

Difahamkan bantuan kemanusiaan mula memasuki Semenanjung Gaza susulan pengumuman gencatan senjata Israel dan Hamas selepas pertempuran selama 11 hari.

Konvoi lori membawa bantuan mula memasuki pintu masuk Kerem Shalom selepas ia dibuka semula oleh rejim aparteid Zionis Israel. Ia membawa makanan, bahan api dan ubat-ubatan yang amat diperlukan penduduk Palestin, ketika ini. - KitaReporters

Sedikit sumbangan yang kita beri memberi impak besar kepada rakyat Palestin.


Serangan tentera genosid Israel di Semenanjung Gaza selama 11 hari itu menyebabkan 248 penduduk Gaza terkorban termasuk 66 kanak-kanak, sejak 10 Mei lalu. Ia turut menyebabkan 1,948 cedera, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Selain itu, ia menyebabkan kemusnahan besar bangunan apabila bangunan runtuh dan 120,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman untuk mencari tempat perlindungan, menurut Hamas.

Untuk sumbangan, boleh klik pada pautan DONATE https://jomdonate.com/campaigns/190. - KitaReporters


0
0
1
0
0
You will be interested