Insan & Komuniti 10 Nov, 2020

14 anak! Semua lelaki! Kateri akhirnya miliki anak perempuan

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

Apabila sesebuah keluarga mempunyai ramai anak lelaki pasti berhasrat untuk memiliki anak perempuan juga. Perkara sama berlaku kepada pasangan suami isteri di Michigan, Amerika Syarikat (AS). Penantian selama hampir tiga dekad untuk memiliki seorang puteri di dalam keluarganya berakhir apabila dikurniakan seorang bayi perempuan yang comel baru-baru ini. : KitaReporters


KELUARGA BESAR Jay Schwandt bersama isterinya dan 14 orang anak-anaknya di rumah mereka di lakeview, Grand Rapid, Michigan. Kredit foto dailymail.co


Lagi cerita-cerita berkaitan kelahiran:

https://kitareporters.com/search?search=kelahiran


Memetik laporan newssky.com, pasangan itu dan kesemua anaknya sangat teruja dengan kehadiran bayi perempuan berkenaan.

Pasangan Jay dan Kateri Schwandt yang kini menetap di Lakeview berhampiran Grand Rapids, Michigan itu dikurniakan 14 orang anak dan semuanya adalah lelaki.

Makk Oiii…ramainya dan semuanya hero!

Malah, pasangan itu yang kini masing-masing berusia 45 tahun berkata, semua ahli keluarganya teruja menyambut kehadiran bayi baharu itu.


BAHAGIA...memiliki 14 anak lelaki dan seorang anak perempuan yang melengkapi kehidupan pasangan suami isteri dari Michigan. Kredit Foto NBCnews.


“Walaupun tahun ini terkesan dengan pelbagai ujian namun kehadiran bayi perempuan itu membuatkan semua menjadi teruja dan sangat gembira,” kata si bapa.

Malah jay sendiri tidak menyangka keinginan untuk memiliki anak perempaun akhirnya tertunai. Malah semua ahli keluarganya sangat menyayangi bayi perempuan berkenaan yang dinamakan Maggie Jayne.

Sementara itu, anak sulung pasangan itu, Tyler Schwandt berkata, semua adik beradik tidak pernah menyangka untuk memiliki seorang adik perempuan dalam keluarganya.

Malah akui lelaki berusia 28 tahun itu, ibunya sendiri juga tidak menyangka masih berpeluang untuk melahirkan bayi perempuan pada usianya. 


COMEL bayi yang dinamakan Maggie Jayne menjadi pujaan dan ditunggu oleh seluruh ahli keluarga. AP


Lebih melucukan abang sulung Jayne itu mendedahkan di rumahnya tiada barangan berwarna merah jambu memanndangkan semua adik beradiknya lelaki.

Namun kini semuanya bertukar apabila ibunya perlu membelikan barangan yang sesuai untuk adik perempuan yang comel.

Malah dia juga perlu mempelajari perkara baru untuk 'mengurus' adik perempuan yang ternyata berbeza dengan yang dilakukan sebelum ini. 

Jay dan Kateri berkenalan sejak di zaman persekolahan lagi sebelum menyambung pengajian di university dan  berkahwin pada 1993. - KitaReporters


KENANGAN Kateri Schwandt ketika mengandungkan Maggie Jayne.

 

7
1
0
0
0
You will be interested