Insan & Komuniti 08 Nov, 2020

Penat! Si Maryam bijak baca muqaddam! Datuknya yang penyabar

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

MENDIDIK anak mengenal Allah dan mencintai al-Quran tidak mudah apatah lagi ketika usia masih kecil, namun jika didedah sejak awal pasti memperoleh banyak manfaat. Melalui pembacaan al-Quran ia merupakan satu daripada usaha menanamkan asas keimanan yang padu. : KitaReporters


Maryam dan datuknya


Lagi cerita-cerita berkaitan al-Quran:

https://kitareporters.com/search?search=al-quran


Malah dari sudut pendidikan anak-anak, al-Quran perlu diajar pada peringkat awal usia kerana dari segi perkembangan potensi otak manusia mula menunjukkan pertumbuhan pada usia yang muda lagi.

Baru-baru ini tular video seorang kanak-kanak dalam lingkungan usia dua tahun petah membaca muqaddam bersama datuknya di rumahnya.



Perkongsian lucu itu dimuat naik oleh ibu kanak-kanak berkenaan Rini Rahman dalam Facebook miliknya.

Malah dalam perkongsian berkenaan gelagat si kecil yang bernama Maryam sangat mencuit hati. Dia yang mengaji bersama datuknya petah menyebut huruh hijaiyah satu persatu dengan lancar dan penuh berkeyakinan.

Walaupun ada ketikanya tersilap sebut beberapa kali namun tetap bersemangat meneruskan sesi pengajiannya.



Maryam yang diajar datuknya tekun membaca muqaddam di rumahnya baru-baru ini. - Kredit foto: FB Rini Rahman.


Lebih melucukan ketika sedang ralik menyebut huruf-huruf berkenaan sempat lagi dia mengaku penat kepada datuknya namun tetap meneruskan sesi berkenaan.

Amboiii... berani dia!

Namun dalam masa sama, datuknya memujuk untuk meneruskan sesi sehingga tamat.

Si cilik yang lengkap bertudung hijau itu dilihat sering kali menyebut Lam Alif bagi menandakan hampir tamat sesi pengajian.

Mesti nak cepat habis la tu?


RATA_RATA netizen terhibur dengan telatah comel Maryam ketika membaca muqaddam bersama datuknya baru-baru ini.


Alahai comel betul awak ni Maryam!

Melihat kepada ruangan komen rata-rata netizen terhibur dengan aksi comel si Maryam itu yang berkeyakinan membaca walaupun beberapa kali menyebut huruf dengan salah.

Semoga Maryam membesar dan menjadi seorang hafizah selain anak solehah untuk ibu dan ayah. - KitaReporters

4
0
0
1
0
You will be interested