Insan & Komuniti 05 Nov, 2020

Bertunang, berkahwin 2021! Rancangan Haiqal-Siti Nur Surya!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

KES pembunuhan kejam seorang remaja perempuan berumur 19 tahun dari Kampung Lubuk Batu,Telemong, Hulu Terengganu, masih menjadi ingauan bukan sahaja dalam kalangan penduduk negeri ini, malah turut mendapat perhatian pemimpin dan netizen yang meluahkan perasaan simpati dah sedih dengan kejadian terbabit. : KitaReporters

Saat-saat indah Muhammad Haiqal Adnan dan Allahyarhamah Siti Nur Surya Ismail kini tinggal kenangan.


Lagi cerita-cerita berkaitan Siti Nur Surya:

https://kitareporters.com/search?search=siti+nur+surya


Walaupun suspek sudah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah, namun pelbagai cerita di sebalik kejadian malang itu terus menjadi perbualan dalam kalangan masyarakat seluruh negara 

Kisah Siti Nur Surya Ismail yang dibunuh kejam oleh rakan karibnya sendiri pada 1 November 2020 semakin menarik minat masyarakat apabila teman lelaki Allahyarhamah, Muhammad Haiqal Adnan, 19, tampil meluahkan perasaan dengan memuat naik klip video mengenai mereka berdua.


Allahyarhamah Siti Nur Surya Ismail


Kita hanya mampu merancang, namun Tuhan yang menentukan. Itulah yang sedang dirasai Muhammad Haiqal, teman lelaki mangsa bunuh Siti Nur Surya.

Masih lagi terkesan dengan pemergian gadis yang dicintainya yang merancang untuk bertunang dan berkahwin pada tahun 2021 itu telah berkongsi kenangan sepanjang bersama Allahyarhamah menerusi perkongsian dalam Instagram miliknya.

Ramai netizen yang mengikuti video tersebut melontarkan perasaan sedih dan hiba sambil memohon Muhammad Haiqal bersabar dan tabah dengan dugaan yang dihadapinya.


Gambar kenangan Muhammad Haiqal dan Siti Nur Surya


"Kali terakhir dia (arwah) WhatsApp saya pada pagi sebelum kejadian. Saya beritahu mahu ke tempat kerja dan dia balas dengan ucapan jaga diri," kata Muhammad Haiqal.

Menurutnya, dia yang mengenali arwah sejak dua tahun lalu hanya mengetahui kejadian kenalan rapatnya pada 4 petang hari kejadian.

Katanya, pada mulanya dia menyangka rakan terbabit bergurau dengan menyatakan Siti Surya mati dibunuh. "Saya kemudian terus ke rumah keluarga arwah dan terkedu selepas mendapati ia benar-benar berlaku,” katanya.


Muhammad Haiqal bersama bakal calon isterinya Siti Nur Surya yang mati dibunuh.


Beliau berkata, "macam tidak percaya, saya bersama ibu baru berjumpa arwah di rumahnya pada Sabtu 31 Oktober 2020 ketika menziarahi ibunya dan arwah amat mesra bersembang dengan ibu.

"Ketika berbual ibu sempat berpesan pada arwah supaya jaga diri dan kesihatan," katanya yang merancang untuk bertunang dan berkahwin dengan arwah pada tahun 2021. 

Menerusi video yang berdurasi dua minit 24 saat itu, memaparkan kenangan mereka berdua sepanjang mereka berkenalan. Video tersebut juga menunjukkan screenshort Direct Message Instagramnya yang menyatakan rumah teman wanitanya sudah dirompak. 

Tidak berakhir di situ, video pengkebumian Siti Nur Surya turut diletakkan pada penghujung video berkenaan.

Setakat ini, video berkenaan mendapat lebih 50,000 tanda suka dan 5,000 dikongsi oleh netizen.



Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan yang turut berasa sedih dengan kejadian yang tragis itu menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga dan rakan-rakan Allahyarhamah Siti Nur Surya yang juga merupakan Ahli Puteri UMNO Cawangan Lubok Batu, DUN Telemong.Hulu Terengganu.

Sementara itu, pelajar perempuan tingkatan enam yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan Siti Nur Surya dengan menggelar beberapa kali pergelangan tangan kiri mangsa sehingga putus, direman selama tujuh hari sehingga Isnin, 9 November 2020.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda di Mahkamah Majistret Marang, pada 3 November 2020 bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan kerana membunuh. - KitaReporters

2
2
39
2
0
You will be interested