Insan & Komuniti 07 Sep, 2020

Alahai dah jadi kes polis! Kecik-kecik pun pandai memandu!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

GARA-GARA sebuah video tular seorang kanak-kanak memandu kereta, dia berserta ibu bapanya kini berdepan dengan tindakan undang-undang jika didapati melanggar peraturan. Sebab tu semua pihak kena berhati-hati!! Kerana nak tular dan terkenal, kita sendiri memerangkap diri sendiri serta keluarga atau orang lain dan keluarga mereka. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan kanak-kanak:

https://kitareporters.com/search?search=kanak-kanak


Di negara ini genap usia 18 tahun baru boleh memiliki lesen memandu, ketika itu pandulah ke seluruh negeri tiada siapa yang melarang. Namun hari ini tular kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dengan selamba memandu sebuah kereta kemungkinan milik keluarganya.

Alahai dik kecik-kecik dah berani.


Menerusi video yang berdurasi 54 saat itu menunjukkan kanak-kanak lelaki di Rembau, Negeri Sembilan itu  dengan berani memandu kenderaan jenis Proton Saga edisi awal. 

Maaf... video tidak dapat disiarkan kerana ia membabitkan kanak-kanak di bawah umur. - PENGARANG

Walaupun kelihatan kenderaan kelihatan uzur namun hakikat mengundang bahaya. Maklumlah apa yang kanak-kanak itu tahu tentang undang-undang pada usia sedemikian. 

Seharusnya ibu bapa yang patut memberi pengetahun tentang bahaya pemanduan pada usia sedemikian. 

Namun dengan selamba, kanak-kanak berkenaan mengaku dia belajar memandu itu daripada bapanya sendiri. Malah turut mengakui kakaknya juga tahu memandu. 


Sementara itu, menerusi akaun Facebooknya, inforoadblock JPJ menjelaskan polis Negeri Sembilan berjaya mengesan kanak-kanak terbabit dan gambar kehadiran anggota trafik di kawasan rumahnya turut dikongsikan dalam Facebook.

Dalam masa sama, Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Anuar Bakri Abdul Salam berkata, pihaknya sudah berjaya mengesan kedua-dua ibu bapa murid berkenaan dan kesemua mereka kini sedang diambil keterangan.

"Kita akan jalankan siasatan lanjut berdasarkan maklumat video yang tular itu dan tindakan akan diambil. Kesemua mereka kini sudahpun berada di IPD Rembau dan diambil keterangan," katanya.

ANGGOTA polis berjaya mengesan keluarga kanak-kanak berkenaan dan akan menjalankan siasatan lanjut. - Kredit foto: FB Inforoadblockjpjpolis.


Semoga dengan berlaku kejadian berkenaan ia memberi pengajaran kepada ibu bapa supaya memantau dan tidak secara mudah memberi kebenaran kepada anak-anak yang masih kecil memandu. Keadaan itu jika tidak dipantau akan mengundang jenayah jalan raya.

Tolonglah sayang masa depan anak tu! - KitaReporters

2
2
1
0
2
You will be interested