Insan & Komuniti 20 May, 2022

Video| Mak guru pemulihan! Tak dapat hadiah! Anak sebak lihat ibu bawa makanan lebihan Hari Guru!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


SELAMAT Hari Guru pada 16 Mei 2022 lalu kepada semua yang bergelar guru di Malaysia. Jangan sedih-sedih jika ada yang tidak menghargai anda dalam prospek kerja sebagai seorang pendidik yang akan selalu diingati sepanjang zaman.

Seorang anak berkongsikan kisah ibunya merupakan seorang guru pendidikan khas di sebuah sekolah di dalam sebuah video Tiktok.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan guru-guru


Dilihat daripada video tersebut, beliau dilihat sedang mengambil ibunya di sekolah dan berborak-borak. Selepas itu, beliau mendengar luahan ibu yang merupakan guru pendidikan khas di sekolah tersebut.

Apa yang menyentuh hati, guru ini hanya membawa pulang makanan lebih-lebih dari sekolah.



"Mak cakap kalau tak dapat hadiah dari murid tak apalah, janji dapat bawa makanan lebih-lebih dari sekolah.”

Lebih sebak lagi, si anak ini menjelaskan bahawa cikgu-cikgu lain banyak dapat hadiah daripada murid dan ibunya hanya melihat sahaja.

Tambahnya, ibunya memang jarang dapat hadiah daripada murid, apabila ditanya ibunya hanya menjawab…

"Hurm tak dapat langsung pun hadiah sebab mak cikgu pemulihan kot, orang tak ingat."

Oleh sebab itu, warga maya berasa sangat sebak melihat video yang dikongsikan oleh pemuda ini dan mereka semua memberi kata-kata semangat.



Namun, pemuda yang berkongsi video ini menyatakan ibunya tak mengharapkan hadiah daripada anak-anak murid dan tak sedih. Anak sahaja yang sebak melihat ibunya. Kesian!

"Terima kasih atas pengorbanan cikgu," netizen ungkapkan kepada guru ini atas usahanya.

Jangan pernah bersedih, hadiah paling istimewa buat seorang guru adalah anak muridnya berjaya dengan ilmu yang mereka kongsikan secara percuma. - KitaReporters


16
11
1
19
0
You will be interested