Insan & Komuniti 13 Jul, 2020

Aishwarya, anak positif COVID-19! Awalnya suami, bapa mentua

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

JIKA sebelum ini, pelakon veteran Bollywood, Amitabh Bachchan dan anak lelakinya, Abhishek Bachchan disahkan positif COVID-19 sehingga memaksa dua beranak itu ditahan di Hospital Super Speciality Nanavati, Mumbai. Terkini, menantunya pula terkena tempias itu apabila pelakon popular Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan dan anak perempuannya, Aaradhya yang berusia lapan tahun juga disahkan positif COVID-19. : KitaReporters

PELAKON veteran Amitabh Bachchan (kanan) bersama anak lelaki dan menantunya mewarnai industri lakonan Bollywood di India. - Kredit foto: edition.cnn.com


Dua beranak berkenaan dilaporkan mengalami simptom wabak berkenaan dalam pemeriksaan dan kini berada di rumah.

Berita berkenaan dikhabarkan sendiri oleh Menteri Kesihatan Maharasta, Rajesh Tope dalam ciapan Twitternya dan menyatakan pelakon popular Bollywood, Aishwarya dan anak perempuannya disahkan positif COVID-19.

Bekas ratu cantik dunia itu kini dikuarantinkan di kediamannya selepas ujian pengesahan COVID-19 mendapati dua beranak itu positif jangkitan berkenaan.

Sementara itu memetik laporan hindustantimes.com, 16 ahli keluarga pelakon berbakat itu menjalani pemeriksaan termasuk pengawal dan pembantu rumah, namun semuanya negatif dan bebas daripada virus berkenaan.

Sebelum ini, bapa mertuanya, Amitabh dibawa ke hospital selepas mengadu sesak nafas.

“Saya disahkan positif COVID-19. Sudah dipindahkan ke hospital. 

"Keluarga dan kakitangan sudah menjalani ujian dan sedang menunggu keputusan,” ujar pelakon veteran itu menerusi ciapannya dalam Twitter.

Beliau turut memuat naik gambarnya di hospital dalam akaun Instagram miliknya bersama mesej berkenaan.

Anaknya, Abhishek kemudiannya turut mengesahkan dia turut dijangkiti virus wabak tersebut menerusi Twitternya dan meminta orang ramai tidak panik.

Dalam hantaran itu, beliau juga meminta mereka yang mempunyai kontak rapat dengannya membuat ujian saringan.


Sehingga kini, India direkodkan sebagai tiga buah negara yang paling tinggi kes COVID-19 iaitu sebanyak 850,000 kes dan meragut 22,000 nyawa.

Malah, perintah kawalan pergerakan separa telah dilakukan pada kebanyakan tempat dengan populasi tertinggi.

Kes Amitabh dicatatkan sebagai kes berprofil tinggi yang dijangkiti COVID-19.

Beliau sebelum ini sering menasihati rakyat di negara itu untuk mengekalkan kesihatan baik, menggunakan pelitup mulut, kerap cuci tangan dan amalkan penjarakan sosial.

AISHWARYA RAI bersama anak perempuannya turut disahkan positif Covid-19, selepas suami dan bapa mentuanya disahkan sebelum ini.


Industri filem di India telah menyambung kerja-kerja penggambaran selepas beberapa bulan ‘bercuti’ berikutan virus berasal dari Wuhan, China itu.

Semoga tiada yang serius melanda bekas ratu dunia dan keluarganya dan kembali pulih seperti sedia kala. - KitaReporters

1
1
3
0
0
You will be interested