Insan & Komuniti 20 Jul, 2020

Sedihnya! Hujan lebat, banjir kilat korbankan banyak kucing!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this

AKIBAT hujan lebat yang berterusan baru-baru ini, seorang pemuda telah berkongsikan beberapa gambar dan juga video yang telah menunjukkan haiwan-haiwan peliharaanya mati akibat banjir teruk yang melanda di sekitar Kajang dan Hulu Langat. : KitaReporters


Menurut Asrol Adizar, inilah dugaan paling perit dalam kehidupannya selama ini.

Katanya dalam satu perkongsiannya di Facebook miliknya:

"Selama ni biasa tengok kejadian banjir yang berlaku kat mana-mana, pantas mulut mendoakan agar urusan mangsa musibah tu dipermudahkan urusan. 

Tapi bila kali ni terjadi pada diri sendiri, hanya Allah yang tahu betapa peritnya rasa.

"Banjir kilat melanda kawasan perumahan saya ketika saya tak berada di rumah. Selama 3 tahun lebih saya tinggal di sini, inilah pertama kali berlakunya banjir seteruk ni.

"Saya memang tak fikir lain, teringat budak-budak kt rumah je.


"Apakan daya,  saya terlambat untuk memastikan semuanya selamat. Joker, Goblin, Putih, Dik Chik dan Baby Boo terkorban. 

"Jagger dan Manja hilang tanpa dapat dikesan. Separuh gila saya dibuatnya.

"Tak mampu nak kata apa. Terima kasih pada kawan-kawan yang datang membantu tadi. Pagi nanti nak sambung kemas semua ni. Segalanya rosak.

"Owner kucing-kucing yang terkorban pun saya dah bagi tahu.

Saya faham mereka turut bersedih, this is really unexpected event.  Perit and it really hurt, tapi mereka pergi ke tempat yg lebih bahagia dari sini.


Ternyata video dan gambar yang dimuat naik oleh pemuda ini mendapat respons daripada para netizen yang turut bersedih dan memberi kata-kata semangat kepadanya.


Semalam, kebanyakan tempat banjir dilihat mulai surut. Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berjaga-jaga.

Kepada anda yang kehilangan haiwan kesayangan, bersabarlah kerana pasti ada hikmahnya. - KitaReporters

0
0
6
0
0
You will be interested