Insan & Komuniti 17 May, 2021

Mulianya hatimu! Khairulaming kongsi rezeki dengan rakyat Palestin! Melalui jualan Sambal Nyet!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


SEBUT sahaja nama Khairulaming pasti semua mengenali selebriti media sosial yang sering tampil dengan video masakan yang simple dan menyelerakan. Apa sahaja yang dimasak pasti meletup walaupun biasa-biasa sahaja!

Terbaharu, pemuda yang mempunyai nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman itu menyuarakan hasrat untuk menyumbangkan kepada rakyat seagama di Palestin yang menjadi mangsa serangan keganasan dan tidak berperikemanusiaan pihak aparteid Zionis.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Khairulaming



Prihatin dengan nasib saudara seagama, Khairulaming menerusi Twitter miliknya, memberitahu untuk menyumbangkan sebahagian daripada untung hasil jualan Sambal Nyet akan didermakan ke dalam tabung amal Palestin.

 “Jualan Sambal Nyet akan kembali seperti biasa dan RM10,000 untung jualan Sambal Nyet akan kami dermakan ke tabung amal Palestin. Berharap sumbangan ini dapat meringankan beban saudara kita di sana,” kongsinya di twitter

Pemuda kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu juga berharap derma dapat meringankan beban penduduk Palestin yang sekarang sedang ditimpa ujian maha berat daripada tangan kuku besi kerajaan genosid Israel.



Mulianya hatimu wahai anak muda! Sanggup berkongsi rezeki .

Dalam masa sama, Khairulaming juga turut mengajak orang ramai untuk sama-sama beramal dengan menderma kepada penduduk di Gaza dan Tebing Barat.

Lebih mengujakan dia turut membuktikan sumbangannya itu dengan memuat naik resit sebagai bukti dia menyumbang kepada rakyat Palestin menerusi Persatuan Cinta Gaza Malaysia.



Alhamdulillah! Semoga sumbangan itu dapat meringan saudara kita di sana.

Dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet menyokong usaha pemuda berusia 29 tahun itu dalam melakukan kebaikan serta bantuan buat saudara kita di Palestin.

Semoga keikhlasan itu diganti dengan rezeki yang mencurah-curah kepada selebriti masakan media sosial Malaysia ini!

Tahniah bro! Semoga kebaikan yang dikongsikan akan memberi inspirasi terutama anak muda untuk berkongsi rezeki bagi meringan beban saudara Palestin kita di Gaza dan Tebing Barat. - KitaReporters


3
0
0
0
0
You will be interested