Insan & Komuniti 23 Jan, 2021

Video| Subhanallah! Hidayah milik Allah, tak kenal usia! Rudy kanak-kanak 9 tahun peluk Islam!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


HANYA kerana sering mengikuti program ‘Homeless Feeds” yang memberi makanan kepada gelandangan di England, seorang budak lelaki berusia sembilan tahun terbuka hati untuk  mendekati Islam sebelum membuat keputusan untuk menjadi seorang Muslim sejati.

Itulah yang berlaku kepada kanak-kanak lelaki, Rudy yang dengan terbuka hati untuk memeluk Islam selepas yakin dengan keindahan yang ada pada agama Islam.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kanak-kanak:

https://kitareporters.com/search?search=kanak-kanak



Perkongsian menarik itu didedahkan oleh pengasas Greengate Trust dan juga seorang qari, Muhammad Bilal menerusi Instagram milknya @qaribilal786, baru-baru ini. 

Bilal kemudian memuat naik sebuah posting rakaman video memaparkan Rudy mengucap dua kalimah syahadah di hadapannya dan dia mengikuti setiap bacaan kalimah dengan lancar sekali.

Kongsi Bilal, Rudy sebelum ini sering mengikut ibunya, Claire Taylor yang terlibat secara langsung dalam mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan.

Sejak itu timbul keinginan untuk mendekati Islam sebelum menyuarakan perkara tersebut kepada Bilal.

Sebelum mengucap dua kalimah syahadah, Bilal meminta kanak-kanak itu supaya meminta izin kepadanya ibunya terlebih dahulu.



Namun, sangat mengejutkan ibunya merestui dengan pilihan anak lelakinya dan gembira dengan apa jua keputusan anak kecilnya itu selain berjanji akan sentiasa menyayangi serta menyokongnya.

Lebih membahagiakan dia telah menukar nama daripada ‘Rudy’ kepada nama Islam iaitu Muhammad Muzammil.

Menariknya, Muzammil mula menghadiri solat Jumaat buat pertama kali pada minggu lepas.

Alhamdulillah..syukur!



Beruntungnya Muzammil walaupun masih kecil namun diberikan hidayah untuk memeluk Islam.

Itulah yang dikatakan dengan hidayah… Semuanya milik Allah jika Dia mengkehendaki untuk memberikan hidayah kepada seseorang maka Dia membuka hatinya untuk menerima Islam, semua itu terkandung dalam Surah Al-An’aam.



Semoga kecantikan agama Islam mampu mencairkan hati ibunya pula dan mengiringinya bersama dalam meneroka dan memeluk Islam suatu hari nanti.

Semoga Muzammil menjadi anak soleh dan boleh mengajak lebih ramai insan lain mendekati agama Islam. - KitaReporters


12
2
0
0
1
You will be interested