Insan & Komuniti 02 Aug, 2021

Istana Buckingham bimbang! Takut Harry, dianggap badut istana, bongkar rahsia hitam diraja!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Kredit foto: Instagram Sussex Royal


ISTANA Buckingham dilaporkan `bergegar` sebaik saja Putera Harry mengumumkan akan menerbitkan buku biografi hidupnya kerana bimbang anak kedua Lady Diana itu akan membongkar banyak rahsia hitam kepada pengetahuan orang ramai.

Ia turut dilihat oleh banyak pihak sebagai usaha merendahkan kredibiliti bapanya dan sekali gus boleh menjejaskan usaha mereka yang giat berkempen `membersihkan` nama Putera Charles sebagai persiapan mengambil alih takhta daripada bondanya, Ratu Elizabeth II.

Spekulasi itu berlegar dalam kalangan pegawai istana yang dilaporkan dalam keadaan `betul-betul sangat takut`sekiranya Harry menceritakan pelbagai isu termasuk kematian ibunya, Puteri Diana. Kerana sebelum ini,  Harry dikatakan hanya dilayan tidak lebih sebagai penghibur @ badut istana.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Putera Harry


Portal Marieclaire.co.uk dalam laporannya menyebut pandangan Putera Harry jarang dipedulikan oleh kerabat diraja dan sekiranya Harry membongkar banyak rahsia seperti mana dalam temu bual dengan Oprah Winfrey baru-baru ini, sudah tentu mereka kecut perut kerana banyak sisi gelap cerita `hitam` monarki tertua di Eropah itu tidak diketahui  `orang luar`.

Paling ditakuti kakitangan istana sekiranya Harry menceritakan kisah benar di sebalik kematian ibunya, Lady Diana Spencer yang dipendamnya sejak berpuluh-puluh tahun. 

Pernah dalam satu temu ramah di televisyen mengenai perasan mereka dengan kejadian itu, abangnya, Putera William menahan adiknya daripada berterus terang mencerita apa yang diketahuinya. 

Malah pada satu ketika dalam liputan video oleh Goalcast, Harry dikatakan terkilan kerana merasakan ibunya masih boleh diselamatkan dalam nahas ngeri di terowong Paris itu.


 

Harry bersama Eugenie (tengah) dan Beatrice (kanan). - Kredit foto: Express UK


Portal itu itu turut memetik pendirian sepupu Harry, Puteri Beatrice dan adiknya, Puteri Eugenie anak pasangan Duke dan Duchess of York, Putera Andrew dan Sarah Ferguson yang menyifatkan `suara` Putera Harry jarang-jarang dipedulikan oleh kakitangan istana..

Mereka berkata, sebelum ini Harry bersuara pun pihak itu hanya sekadar mengangkat bahu dan melayan dia tidak lebih sebagai penghibur atau badut istana. Sebab itu juga ada banyak menyifatkan suara lantang Putera Harry itu dijangka memberi kesan besar kerana mereka memandang rendah  keupayaan  Duke of Sussex itu.



Harry dalam Instagram Archewell by Harry dan Meghan, dia akan menghasilkan karya itu bukan disebabkan darjatnya sebagai putera raja sebaliknya sebagai seorang yang melalui pelbagai ragam kehidupanan, daripada orang berdarah raja sehingga manusia biasa-biasa.

"Saya menulis ini dari segenap sudut, kesilapan, pengajaran yang diteladaninya. Saya mahu menceritakan tidak kira dari mana asal kita, kita semua ada banyak persamaan dan saya bersyukur kerana mendapat peluang mengutip pengalaman. 

"Kehidupan masa kanak-kanak, kehilangan ibu di usia muda, terbabit dalam alkohol dan dadah dan cabaran dua kali di medan perang sehingga menjadi seorang suami.

"Semua nukilan hidup itu ditulis secara telus," Kata Harry yang kini ada dua anak, Archie Harrison Mountbatten-Windsor dan Lilibet Diana Mountbatten-Windsor.

Portal Mail.com turut memetik sumber yang memberitahu Beatrice dan Eugenie yang sangat akrab dengan Harry dikatakan menyokong penuh usahanya menerbitkan buku berkenaan. 


Harry (kiri) dan Archie (kanan)


Buku Harry itu akan diterbitkan dalam bentuk cetakan kertas dan digital oleh Random House di Amerika Syarikat dan cawangan itu di Canada. Manakala Transworld, syarikat cetakan Penguin Random House UK, akan mengedarkan buku itu di United Kingdom. 

Manakala bagi edisi buku audio pula akan dihasilkan oleh Penguin Random House Audio. Ia akan mula dijual di pasaran lewat tahun 2022.


Kredit foto: Pinterest Daily Mail UK


Eugenie dan Beatrice sangat akrab dengan Harry dan isteri walaupun pasangan Hollywood itu sudah berpindah di California. Malah Eugenie tidak mahu memberi komen apa-apa tetapi dia mendoakan semoga Harry dan Meghan terus gembira dengan kehidupan baru mereka.

Eugenie dan suaminya kini tinggal di kediaman yang pernah dihuni oleh Harry dan isterinya, Meghan Markle di Frogmore Cottage yang dibina pada 1801, sebahagian daripada bangunan Istana Windsor yang kini menjadi kediaman `tetap` Ratu Elizabeth II selepas kemangkatan suaminya, Putera Philip. - KitaReporters


Kediaman diraja Frogmore Cottage

0
1
0
0
0
You will be interested