Antara kandungan dalam laman sosial Ustaz Kazim
PENDAKWAH tersohor, Datuk Ustaz Mohammad Kazim Elias (DUKE), 48, kini kurang sihat dengan terpaksa menggunakan kerusi roda atau alat topang kaki untuk bergerak bagi mengurus kegiatan hariannya.
Pengerusi Pusat Pendidikan al Barakah, Manjoi, Ipoh , Perak ini memuat naik perkembangan terbaharunya dalam laman sosial TikTok dan Instagramnya pada Khamis, 30 September 2021.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Ustaz Kazim
Dalam video yang dipapar, kelihatan kaki sebelah kirinya membengkak dan dia terpaksa menggunakan alat topang kaki atau kerusi roda untuk bergerak. Ustaz Kazim dalam Instagram dan TikToknya meminta doa orang ramai akan kesembuhannya.
"Mohon doakan," tulisnya ringkas dalam ruangan kapsyen.
Ustaz Kazim tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai sakit apa yang dialaminya.
Berita dan video Ustaz Kazim tidak sihat tular dan membuat ramai membuat pelbagai andaian mengenai sakit pendakwah terkenal ini. Ada yang menganggap Ustaz Kazim kena penyakit misteri atau buatan orang.
Beberapa tahun dahulu Ustaz Kazim mengakui pernah bertahun-tahun mengalami penyakit misteri atau kena buatan orang. Malahan Ustaz Kazim pernah menyatakan beliau belajar ilmu perubatan Islam setelah mengalami sejumlah penyakit misteri atau buatan orang.
Ustaz Kazim yang bakal berusia 49 tahun pada 28 November 2021 ini adalah antara pendakwah negara yang popular.
Kegiatan peribadinyamenjadi ikutan. Laman sosialnya pula mempunyai pengikut yang ramai dan turut menjadi mangsa digodam. - KitaReporters
.