Insan & Komuniti 02 Aug, 2020

Allahu! Pusat Al Barakah korbankan 28 lembu! 23 di Kemboja!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
PUSAT Pendidikan Al-Barakah, Kampung Manjoi di Ipoh, Perak mengorbankan 28 ekor lembu bagi ibadat korban tahun 1414 Hijrah/2020 Masihi ini. Ia hasil sumbangan para tenaga kerja dan pelajar pusat pendidikan Islam itu. : KitaReporters

Majlis korban yang berlangsung di Selama, Perak. - Kredit foto: FB ustazkazimelias



Lagi cerita mengenai Ustaz Kazim:

https://kitareporters.com/search?search=kazim


Lima ekor lembu dikorbankan di Selama, Perak untuk disumbang kepada warga berkelayakan di daerah itu. Sementara itu, sebanyak 23 ekor lembu dikorbankan di sebuah perkampungan Islam di Kemboja.

Beberapa tenaga sukarela dari Al-Barakah, yang diasaskan oleh Ustaz Mohammad Kazim Elias pergi ke Kemboja bagi mengendalikan penyembelihan dan mengagihkan daging sembelihan berkenaan.

Lembu-lembu yang dikorban di sebuah perkampungan Islam di Kemboja. - Kredit foto: FB ustazkazimelias



Di Kemboja, daging korban diberi kepada sejumlah mereka yang berkelayan di beberapa perkampungan Islam.

Setiap lembu ditanda nama tujuh peserta. Pengagihan turut dilakukan di luar negara bagi memberi peluang lebih ramai umat Islam dapat merasai daging korban.

Daging korban diserah kepada salah seorang penduduk di Kemboja. - Kredit foto: FB ustazkazimelias

“Alhamdulillah.. selesai ibadah korban warga Pusat Pendidikan Al-Barakah di Kemboja... 23 ekor lembu dikorbankan.” kata Ustaz Kazim dalam FaceBooknya. - KitaReporters

1
1
0
0
0
You will be interested