Insan & Komuniti 10 Dec, 2020

Tak dapat buat majlis kahwin! Beri makanan untuk kurang mampu

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

Pasangan Emily Bugg dan Belly Lewis mengimpikan majlis perkahwinan besar-besaran, tetapi harapan mereka hampa kerana pandemik Covid-19. Pasangan dari Chicago, Illinois di Amerika Syarikat itu menerima kenyataan dalam suasana Covid-19 masih mengganas, tidak mungkin impian dicapai. : KitaReporters

EMILY BUGG membantu menyediakan makanan sebagai gantian makanan yang sepatutnya disajikan pada majlis perkahwinannya kepada golongan yang memerlukan apabila majlis perkahwinannya dibatalkan. - Kredit CNN.com 


Lagi kisah-kisah berkaitan Amerika Syarikat:

https://kitareporters.com/search?search=amerika+syarikat


Walaupun ada pasangan lain yang tetap mengadakan majlis dengan mengurangkan jumlah jemputan dan sambutan pada skala lebih kecil, Emily dan Lewis muktamad membatalkan majlis perkahwinan yang sudah dirancang.

Memetik laporan CNN.Com pada 6 Disember 2020, pada awalnya kedua-dua mereka merancang mengadakan majlis besar-besaran di dewan yang luas dengan jumlah tetamu yang ramai terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.

Tetapi akhirnya pasangan itu berkahwin penuh ringkas pada November 2020 di sebuah dewan kecil dengan hanya kehadiran seorang jurugambar. 


EMILY BUGG sendiri membantu mengagihkan makanan kepada golongan memerlukan. - Kredit foto: CNN.com


Hampa sudah harapan untuk mengadakan majlis besar-besaran, tetapi mereka masih mempunyai wang cengkeram AS$5,000 (RM20,305) pada syarikat penyaji makanan atau katerer majlis.

Mereka memutuskan, sekali pun gagal begembira pada majlis perkahwinan, mereka boleh berbuat sesuatu yang menggembirakan orang lain.

Untuk itu, mereka menghubungi syarikat katerer, Big Delicious Planet, mengenai kemungkinan menyalurkan tempahan makanan untuk majlis yang tidak jadi itu kepada golongan yang memerlukan sebagai sumbangan sempena Hari Kesyukuran atau Thanksgiving.

Syarikat penyediaan makanan itu bersetuju. Emily dan Lewis serta syarikat berkenaan kemudian menyediakan 200 set makanan untuk diagihkan kepada mereka yang sangat memerlukan.

Emily yang sangat gembira dengan sumbangan diberi menyifatkan pembatalan majlis perkahwinannya mempunyai hikmah menggembirakan di sebaliknya iaitu berbakti kepada yang memerlukan.


SEBAHAGIAN makanan yang disediakan bagi golongan kurang berkemampuan. - Kedit CNN.com


Pemilik syarikat katerer, Heidi Noorman Coudal, menyifatkan langkah yang diambil oleh pasangan Emily dan Lewis sebagai sangat terpuji.

Menurutnya, ada pasangan yang membatalkan majis perkahwinan mereka akan meminta cagaran dikembalikan. Justeru apa yang dilakukan oleh pasangan tersebut sangat menyentuh hati.

Emily sendiri adalah seorang pekerja di di sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Thresholds, khusus membantu orang ramai yang mempunyai masalah mental dan juga kemurungan.

Malah, selain cagaran penyediaan makanan, Emily juga meminta kepada pemilik dewan di mana mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan agar menggunakan wang cagaran venue untuk satu majlis bagi Yayasan Epilepsi yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Menurut Coudal, apa yang dilakukan oleh Emily dan suaminya menjadi sumber inspirasi dan mendorong pihak lain turut memberi sumbangan kepada yang memerlukan.

Misalnya seorang lelaki di Chicago membatalkan majlis persaraan dan memindahkan wang tempahan makanan untuk majlis itu kepada Threshholds untuk memberi jamuan kepada yang memerlukan sempena Krismas.

Pada saat kepayahan mengharungi pandemik Covid-19, bantuan yang dihulurkan kepada mereka yang tidak berdaya pastinya amat menggembirakan serta memberi cahaya harapan dalam mengharungi kesuraman hidup. - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested