Insan & Komuniti 22 Apr, 2021

Kerana rindu masakan si ibu! Anak sebak dapat jamah gulai ayam dimasak isteri guna resipi ibu!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

Kredit foto: Projek MM


Ramadan tahun ini sambutan tidak seperti tahun-tahun sebelum ini dapat berkumpul dan berbuka puasa bersama-sama.

Bagi anak perantauan semestinya menjadi sesuatu yang wajib untuk ‘pecut’ ke kampung bagi meraikan kedatangan bulan mulia ini bersama ibu bapa dan ahli keluarga terdekat.

Namun tahun ini, semua itu tidak lagi dirasai berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekali gus menghalang untuk menyambut kedatangan bulan mulia itu bersama orang disayangi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan masakan


Kisah sama turut berlaku kepada sepasang suami isteri muda di Pulau Pinang yang menjadi tular selepas perkongsian dalam aplikasi TikTok @bumohsuprise yang menyaksikan suaminya menitiskan air mata ketika menjamah hidangan yang disediakan.

Menurut wanita berkenaan yang dikenali sebagai Siti Sarah, suaminya beberapa kali menyuarakan keinginan untuk makan gulai ayam versi Terengganu seperti hidangan yang sering dimasak ibu mentuanya ketika pulang ke kampung di Terengganu.

Namun disebabkan kesibukan tugasan harian, Sarah yang bukan berasal daripada Terengganu, langsung tidak sempat merealisasikan keinginan suami.

Pada hari kedua Ramadan lalu dia berpeluang menyediakan gulai ayam berkenaan yang merupakan hidangan kegemaran suaminya menggunakan resipi ibu mentua untuk dijadikan juadah berbuka puasa.

Menggunakan bekal rempah gulai yang dihadiahkan ibu mentuanya ketika pulang ke Terengganu hujung tahun lalu, Sarah mencuba menyediakan hidangan berkenaan.



Ketika menyiapkan hidangan berkenaan, suaminya sedang lena di bilik selepas kepenatan pulang bekerja.

Namun selepas hidangan berkenaan siap aroma hidangan berkenaan menyebabkan suaminya tersedar dan terus menuju ke dapur.

Lebih mengujakan suaminya sebak sehingga menitiskan air mata ketika menjamah dan mengakui hidangan berkenaan ‘sebijik’ seperti dimasak ibunya.





Sarah kemudian berkongsi video keterujaan suaminya menjamah hidangan berkenaan kepada keluarga mentuanya sebelum menjadi tular.

Malah sangat meruntun hati apabila ibu suaminya itu pula menghantar kiriman video yang menunjukkan bahan-bahan masakan dan juga  cara memasak kepada menantu bagi menghasilkan masakan yang serupa.

Allahu…beruntungnya mempunyai mentua yang berhati mulia!

Sanggup bersusah payah menyediakan video cara masakan supaya anak dan menantunya kenyang di perantauan.

Semoga kebaikan wanita itu dibalas Allah!




Perkongsian tiga beranak itu kini diraih lebih 186k tontonan dan rata-rata netizen berkongsi rasa sebak dan mengakui masakan ibu tiada tandingannya.

Semoga kita semua tabah mengharungi saat-saat getir ini melawan ‘tetamu yang tidak diundang’ ini. - KitaReporters


 

0
6
4
2
1
You will be interested