DALAM kehidupan rumah tangga semestinya mengharapkan hubungan yang dibina atas dasar cinta itu kekal hingga ke ahir hayat namun siapalah kita untuk menentukan kerana Allah sahaja perancang yang terbaik!.
Kisah sama turut dilalui seorang bapa tunggal, Syazwan Najmi Zulkarni yang tidak menyangka terpaksa berpisah dengan isteri pada saat melahirkan zuriat mereka, setahun lalu.
Isterinya, Siti Nur Nasuha disahkan meninggalkan dunia akibat komplikasi ketika bersalin. Lebih pilu isterinya belum sempat bersua muka dengan bayi kembar yang kini genap berusia setahun.
Lagi cerita-cerita pilu berkaitan meninggal dunia
Walaupun hanya bersendirian membesarkan anak kembar, Nur Medina Safiya dan Nur Medina Sofiya bersama ahli keluarga terdekat namun ingatan kepada ibu si kecil itu tetap utuh.
Terbaharu, Syazwan berkongsi video yang dimuat naik ke
Instagram miliknya membawa dua beradik itu ‘berjumpa’ dengan ibu mereka.
“Hari ini abiy bawa kakak, adik pergi kubur ibu. Alhamdulilah anak kita dah cukup setahun dah anak kita dah boleh jalan dah
awak. Anak kita sihat come, baik cute macam awak.
“Saya datang dengan anak anak nie sedekahkan AL-FATIHA
untuk awak saya dan anak-anak selalu doakan awak,” kongsinya.
Pasangan kembar yang menggayakan gaun putih ketika ‘bertemu’ ibunya kelihatan tidak takut dan kekok berada di tanah perkuburan di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Kelantan.
Mungkin dia tahu ibunya sedang melihat mereka berdua berpimpin tangan dan bahagia bersama ayahnya!
Ketika mengunjungi pusara itu, bapa tunggal yang berusia 24 tahun itu turut ditemani adik lelakinya sempat menghadiahkan ayat suci kepada isteri tercinta.
Rakaman video berdurasi dua minit 42 saat tersebut
dipenuhi komen pengikutnya yang sayu hati dan sebak melihat momen kasih sayang
anak-beranak itu.
Didoakan juga Syazwan terus tabah membesarkan anak walaupun tiada isteri di sampingnya.
Semoga arwah tenang di sana dan si kembar juga membesar dan menjadi anak soleh yang dapat membantu ibu dan ayah. - KitaReporters