SALAH seorang pendakwah terkenal Indonesia, Abdullah Gymnastiar, 57, yang lebih dikenali sebagai Aa Gym, melakukan dakwah mengelilingi kampung di sekitar Jawa Barat dengan menaiki basikal bagi membantu mengekang penularan wabak Covid-19, di samping memberi perspektif serta penerangan mengenai wabak tersebut dari sudut Islam. : KitaReporters
Apa yang dilaku oleh Aa Gym dianggap sebagai jihad bagi memerangi wabak Covid-19 yang sudah melebar ke serata dunia.
Aa Gym menyedari masih ramai rakyat yang kurang memahami apa itu Covid-19 dan cara untuk menyekat penularan wabak dengan tidak berkumpul beramai dan melakukan jarak sosial serta tetap berada di rumah.
Aa Gym turut mengingatkan agar warga memperbanyak zikir dan berdoa di rumah.
Kegiatan Aa Gym ini boleh dilihat dalam dalam video hampir dua minit di IGnya @AAGym.
Aa Gym mempunyai sejumlah pesantren (sekolah agama) di beberapa wilayah di Indonesia terutama di pulau Jawa di bawah nama Pondok Pesantren Daarul Tauhid.
Aa Gym turut berdakwah menerusi lagu sebagai penyanyi dan pencipta melodi dan lirik. Dia mempunyai beberapa album dakwah dan lagu yang paling berkesan ialah ‘Jagalah Hati’.
Aa Gym melakukan kegiatan dakwah di Lombok, Nusa Tenggara Barat
Namun pendakwah berusia 57 tahun ini kembali hidup sihat dengan menjalani pola hidup sihat termasuk berolahraga dengan berbasikal sudah menjadi riadah hariannya.
Kini AA Gym terus berdakwah dan memberi tumpuan kepada anak-anak muda termasuk melalui lagu.
Aa Gym juga memberhentikan pembelajaran pelajar pesantrennya selama dua minggu bagi membantu menyekat penyebaran Covid-19. - KitaReporters