Insan & Komuniti 07 Oct, 2020

Hidup ditimbuni sampah sarap! Tapi anggap ada nilai ekonomi!

@asliza musa
Bekas wartawan Utusan Malaysia yang pernah berkhidmat di Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke cawangannya di Perak selama 10 tahun.

Share this

SEJAK dua hari lalu, tular dalam media sosial sebuah rumah di Taman Bersatu dekat Simpang Pulai, Ipoh, Perak dipenuhi timbunan sampah sarap. Ibarat tapak pelupusan sampah, setiap sudut pekarangan rumah berkenaan dalam keadaan sangat kotor dengan dipenuhi plastik, kotak, rangka basikal, bekas dan sisa makanan yang bertaburan. : KitaReporters

Keadaan rumah di Taman Bersatu, Simpang Pulai di Ipoh yang dipenuhi timbunan sampah sarap.

lagi cerita-cerita berkaitan sampah:

https://kitareporters.com/search?search=sampah


Timbunan sampah sarap itu bukan sahaja 'melimpah' ke atas jalan malah pintu masuk kediaman itu juga tertutup hingga menimbulkan tanda tanya, bagaimana agaknya tuan rumah masuk ke dalam rumah tersebut? 

Ada yang mendakwa, pemilik rumah itu terpaksa memanjat di atas timbunan sampah yang hampir setinggi siling

Dalam keadaan seperti 'tongkang pecah' itu, sudah tentu ia menimbulkan rasa jengkel dalam kalangan jiran terdekat kerana terpaksa melihat pemandangan meloyakan dan menghidu bau busuk

Iyelah, siapa pula dapat bersabar dengan keadaan itu tambahan lagi jika teguran yang diberi hanya diambil sambil lewa oleh pemilik rumah tersebut. 

Namun reaksi berbeza diberikan pemilik rumah berkenaan apabila dia dengan bersahaja mempertahankan tindakannya mengutip dan mengumpul barang terbuang itu kerana katanya untuk dikitar semula

Menurut wanita berusia 63 tahun itu, setiap barang yang dikutipnya itu bukan sahaja mempunyai nilai ekonomi tetapi membantu menjaga alam sekitar.

Chung Soon Khuan mengasingkan barang-barang terbuang untuk dijual di kedai kitar semula.
Wow, betul-betul prihatin! 

Difahamkan, pemilik rumah tersebut merupakan seorang pesara guru dan hanya tinggal berseorangan ditemani kucing-kucing terbiar

"Saya hanya tolong untuk bersihkan alam sekitar. Lagipun barang-barang yang saya kutip ini boleh dikitar semula dan ada nilai ekonomi. 

"Saya tidak fikir langsung tentang duit, jika jual pun hanya dapat antara RM2 ke RM3 sahaja. Kadang-kadang seharian tiada untung," kata Chung Soon Khuan, 63, ketika ditemui di rumahnya di Simpang Pulai, Ipoh pada hari ini, Rabu 7 Oktober 2020.

Chung Soon Khuan melihat timbunan barang-barang buangan yang dikutip dan disimpan di rumahny di Taman Bersatu, Simpang Pulai di Ipoh.
Menurut Sook Khuan, dia menyedari bahawa perbuatannya mengumpul barang terbuang itu tidak disenangi jiran-jiran di sekitar taman perumahan tersebut. 

"Saya tahu mereka marah dan keluarkan kata-kata kesat pada saya. Mereka tidak percaya saya mahu jual semula barang-barang ini. 

"Saya hanya mahu jaga alam sekitar. Jual barang-barang ini pun bukan buat untung," katanya. - KitaReporters

1
5
1
1
1
You will be interested