BAGI kaki pancing kisah ini pasti menjadi tamparan hebat kepada golongan ini, apa tidaknya si kecil yang hanya pertama kali memancing berjaya ‘menaikkan’ seekor ikan haruan dalam tempoh yang sangat singkat. Tabik springla dik!! Dia boleh, kau boleh?? : KitaReporters
SETIA menunggu di sisi joran di tepi parit berhampiran kawasan rumahnya di Batu Pahat, Johor, baru-baru ini. - Kredit foto: Facebook Faizal Adha Sa'aet.
Kisah yang menjadi tular dalam media sosial itu berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki yang berusia empat tahun di Batu Bahat, Johor, baru-baru ini. Menariknya, dia berjaya menaikkan seekor ikan haruan dalam tempoh 10 minit sahaja.
Aduhhhh…nilah dinamakan rezeki memang tak pernah salah alamat.
Kisah berkenaan
dikongsikan sendiri oleh seorang bapa muda, Faizal Adha Sa'aet mengenai anak lelakinya
yang teringin untuk memancing.
Menurut bapa muda
itu anak lelakinya mengajak dia memancing sejak malam itu lagi dan keesokkan
dia terus membelikan joran plastik bagi merealisasikan keinginan anaknya.
“Rezeki tak salah
alamat. Dari malam tadi sampai pagi sibuk nak memancing. Terus ayah bawa pergi
kedai beli katak hidup, disuruhnya cangkuk juga kat joran dia. Tak apalah nak
ayah ajarkan sikit-sikit tau.
“10 minit kemudian,
letup joran ni… Allahuakbar, suka si anak ni.. rezeki,” kongsinya dalam akaun Facebooknya baru-baru ini.
Lebih mengujakan joran yang
digunakan si kecil itu adalah joran plastik yang berwarna pink.
TANGKAPAN pertama anaknya yang sangat membanggakan dan boleh dijadikan hidangan buat mereka sekeluarga.
Dalam perkongsian berkenaan, Faizal turut memuat naik beberapa aksi si kecil yang setia menunggu ketika memancing.
Orang yang minat memancing ni biasanya mempunyai kesabaran yang tinggi dik. Jadi awak ni mesti penyabar kan?
Malah rata-rata memuji kehebatan anak kecil
ini yang hanya menggunakan joran mainan tetapi mampu mendapat ikan sebesar itu.
Inilah namanya
rezeki dik… memang tak pernah salah alamat. : KitaReporters