Insan & Komuniti 01 Oct, 2020

Bank makanan dapat sambutan! Ebit Lew ajar anak sumbang sama

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Pendakwah bebas, tokoh motivasi dan tokoh amal, Ebit Irawan Ibrahim Lew gembira terhadap sokongan orang ramai pelbagai kaum dan agama dalam memberikan sumbangan barang ke bank makanan (food bank) yang diletakkan di cawangan-cawangan Elewsmart di Lembah Klang. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan Ustaz Ebit Lew:

https://kitareporters.com/search?search=ebit+lew


Dia bersyukur apabila niat baiknya mewujudkan bank makanan itu mendapat sambutan baik daripada orang ramai apabila mereka turut sama menghulurkan sumbangan. 

Malahan sehingga kini tidak ada pihak yang mencari kesempatan mendapatkan barangan percuma di bank makanan, sebaliknya diguna oleh orang-orang sangat memerlukan. Ebit Lew menyatakan demikian dalam postingan terbaharu Instagramnya.



Selain itu, Ebit Lew turut melatih anak-anaknya bersedekah melalui bank makanan itu dengan membeli sejumlah barang untuk diletak di dalam bank makanan.

“Dulu saya selalu bagi duit minta dia orang berebut letak dekat tabung-tabung dekat pasar malam atau di jalan. Seronok tengok anak belajar sedekah. Sekarang ada foodbank dekat @elewsmart senang ajar anak sedekah,” Kata Ebit Lew dalam postingannya itu.

“Saya bisik pada mereka ayah selalu lapar menangis dulu doa. Tapi tengah lapar selalu teringat orang lain. Kadang sibuk usaha dakwah lupa nak makan. 
"Dapat rezeki suka nak kongsi dengan orang lain. Itulah kaya sebenarnya. Masa tiada duit tapi masih fikir tentang keluarga dan sayang orang lain. Tapi jika ada duit kedekut untuk diri, keluarga dan masyarakat. Itu miskin, “ tambah Ebit Lew.


Ebit Lew berhasrat menambah cawangan Elewsmart menjadi 40 dengan mewujudkan 30 buah lagi menjelang hujung tahun ini di luar Lembah Klang bagi menyediakan barangan runcit pada harga rendah untuk masyarakat.

Bagi setiap cawangan ElewsMart akan diwujudkan bank makanan dan setiap cawangan juga akan mempunyai badan amal yang dijadikan ‘anak angkat’nya. - KitaReporters

3
0
0
0
0
You will be interested