Insan & Komuniti 28 May, 2022

Video| Remaja 18 tahun miliki ketinggian 73 cm! Diiktiraf remaja paling rendah di dunia oleh GWR!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


MELIHAT dirinya seperti kanak-kanak usia lima tahun namun pada hakikatnya usianya kini mencecah 18 tahun.

Dilahirkan sempurna tanpa sebarang komplikasi dan masalah, Dor Bahadur Khapangi kini mempunyai ketinggian 73.4 sentimeter (cm) sekali gus melayakkan remaja lelaki ini diiktiraf sebagai remaja paling rendah di dunia oleh Guinness World Records (GWR), baru-baru ini.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan rekod dunia




Penghargaan kepada Dor diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Nepal, Dhanajay Regmi  di Kathmandu baru-baru ini.

Dor yang dilahirkan 14 November 2004 di daerah Sindhuli, kira-kira 130 kilometer di Kathmandu kini masih belajar di sekolah berhampiran rumahnya.

Anak bongsu kepada pasangan petani, Takka Bahadur Khapangi dan Rana Maya itu masih menetap bersama kedua-dua orang tuanya.



Berkongsi kisah keistimewaan remaja paling rendah di dunia ini, abangnya, Nara Bahadur Kapangi berkata adik bongsu itu dilahirkan normal dan menjadi kesayangan keluarga dengan kelebihan yang dimiliki. 

Malah kehadiran Dor membawa sinar bahagia kepada kedua-dua orang tuanya. Namun tumbesar adik kesayangan terhenti ketika usianya tujuh tahun.

“Kawan-kawan sekelas semakin membesar dan tinggi tetapi adik saya kekal kecil sehingga kini.

“Disebabkan keluarga kami miskin dan tidak berkemampuan kami hanya membiarkan sahaja perkara ini berikutan dia pula tidak mengalami sebarang kesakitan,” katanya yang ibu bapanya terpaksa membeli baju bersaiz kanak-kanak kepada adiknya.



Tambah Nara Bahadur lagi, adik bongsunya itu sangat pendiam dan kurang bercakap. Malah di rumahnya juga adiknya sangat jarang berkata-katanya.

Keadaan itu membuatkan semua keluarga sering memberi perhatian lebih kepada Dor dan kesayangan keseluruhan keluarga. 

Kini selepas diiktiraf sebagai remaja paling rendah di dunia, rumahnya dikunjungi tetamu yang tidak pernah putus. Situasi berkenaan memberikan sesuatu yang baharu kepada keluarga.



Sebelum ini, Edward Hernandez, 36, dari Colombia mempunyai ketinggian 72.10sm adalah lelaki paling pendek, dan rekod itu pertama kali dipegangnya pada 13 April 2010.

Bagaimanapun, gelaran itu ‘dipindahkan’ oleh Khagendra Thapa Magar dari Nepal yang mempunyai ketinggian 67 cm. Kemudian, Chandra Bahadur Dangi, seorang lagi lelaki senegara dengan ketinggian 54.6 cm.

Dangi adalah lelaki paling pendek pernah direkodkan apabila ketinggiannya diukur pada 26 Februari 2012.

Bagaimanapun Dangi meninggal dunia pada Februari 2012 pada usia 75 tahun dan kemudian Khagendra pada Januari 2020.

Selepas itu, Hernandez merampas semula gelarannya sebagai lelaki terpendek di dunia. Kini gelaran berkenaan dimiliki Dor dengan ketinggian  73.4 cm. - KitaReporters


6
13
0
12
0
You will be interested