Kisah Insan 18 Feb, 2021

Gara-gara tak tutup TV, lelaki dipukul kekasih sendiri! Dengan penukul pada bahagian kepala!

@zuhayati yazid
Bekas wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Ibu Pejabat di Jalan Chan Sow Lin dan biro Kuala Terengganu.

Share this

TERLALU berang menyebabkan wanita warga emas itu hilang kesabaran dan sanggup menggunakan tukul untuk memukul pasangannya. - Gambar hiasan


Wanita ini unik… kalau kena dengan gayanya bahagialah pasangannya namun jika tidak sebaliknya akan berlaku dan wanita itu boleh jadi individu paling bahaya di dunia!

Kisah sama turut berlaku di bandar Bullhead, Arizona, Amerika Syarikat (AS) apabila seorang wanita warga emas tergamak memukul pasangannya yang sebaya dengannya dengan menggunakan penukul gara-gara tidak menutup televisyen di rumah mereka, baru-baru ini.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan warga emas:

https://kitareporters.com/search?search=warga+emas


Marilyn Kepler. - Kredit foto: meaww.com


Tindakan ganas itu dipercayai dilakukan oleh Marilyn Kepler kerana terlalu berang dengan pasangannya yang membiarkan televisyen di ruang tamu di rumahnya terpasang sehingga pagi, sekali gus menyebabkan dia tidak dapat tidur dengan lena.

Memetik laporan DailyStar.co, Kepler pada awalnya bengang selepas tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana bingit dengan bunyi televisyen berkenaan sebelum bertindak memukul bahagian kepala kekasihnya itu dengan sebilah tukul.

Lebih mengejutkan lagi wanita berusia 74 tahun itu memukul lelaki berkenaan ketika sedang nyenyak tidur.

Aduh.. apa salahnya kalau bincang elok-elok kan?


HILANG SABAR menyebabkan Marilyn Kepler tergamak menggunakan penukul ke arah kekasihnya sendiri. - Kredit foto: Dailystar.co.uk


Dia kemudian bergegas menemani pasangannya bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas memukul pada bahagian kepala lelaki berkenaan.

Lebih mengejutkan apabila tiba di hospital lain pula jadinya apabila Kepler mengacukan sebilah pistol ke arah pasangannya itu.

Namun umur kekasihnyanya masih panjang apabila lelaki warga emas itu berjaya mengelak dan melarikan diri daripada wanita ‘mereng’ itu.

Malah orang ramai yang melihat lelaki warga emas itu yang berlumuran darah akibat dipukul terus menghantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.


Orang ramai terus menghantar lelaki warga emas itu ke hospital selepas kelihatan berlumuran darah akibat dipukul pada bahagian kepala.


Manakala Kepler pula ditahan oleh pihak berkuasa kerana didakwa melakukan serangan ganas dan ditahan di penjara.

Kerana televisyen tak pasal-pasal meringkuk dalam penjara! Kalau bincang dengan elok kan dah selesai.

Semoga kejadian berkenaan jadi pengajaran kepada kita semua supaya  tidak mudah panas baran sebaliknya berbincang dengan baik jika berdepan masalah remeh!

Jangan ikutkan hati yang panas... kan dah merana seumur hidup! - KitaReporters

You will be interested

Janji ibu dan SPM! Terima kasih Cikgu Badariah! Semoga pengorbanan Haikal diberi-Nya kejayaan

Cikgu Badariah Mohd Mohaidin balas komen negatif netizen yang persoal kenapa jenazah ayah Muhammad Haikal Iskandar perlu dibawa ke sekolah. Itu janji ibu Haikal

Video| 10 tahun menunggu untuk bertunang! Ajal menjemput beberapa jam sebelum majlis diadakan

28 Feb 2021 sepatutnya hari bahagia bagi Izyan Quratu Aini sebab dia akan bertunang. Namun gadis itu meninggal dunia secara mengejut beberapa jam sebelum majlis
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 16 hours ago

Video| Makan diri kerana selalu sakat! Akhirnya Harris terlepas hadiah daripada ibu sendiri!

Hubungan anak dan ibu selalu rapat. Pelakon Harris Annuar suka sakat ibunya, Zaiton Hassan. Kini giliran Kak Ton pula balas dendam dan Harris ternyata terkena
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 21 hours ago

Terima kasih PESONA, PRESMA! Pek makanan nasi beriani untuk anggota polis IPK Hulu Selangor!

Kelab Pesona Selangor (PESONA) dan Rangkaian Restoran Salam agihkan 200 pek makanan kepada anggota polis, petugas sekatan jalan raya di kawasan Hulu Selangor
Editor KitaReporters in Kisah Insan 23 hours ago

Video| Perkahwinan unik: Pasangan kembar bernikah pasangan kembar! Majlis nikah juga bersama!

Pasangan kembar lelaki, 20, berkahwin dengan pasangan kembar perempuan, 19, secara bersama di Dusun Lebak Gede, Desa Sindanggalih, Cimanggung, Sumedang, Jawa
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 1 day ago