Insan & Komuniti 17 Mar, 2022

Video| Lelaki sedih, nangis dan peluk tiang! Lihat bekas kekasih bersanding dengan lelaki lain!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this


KISAH cinta yang terkandas ataupun pelamin angan-angan musnah yang akhirnya hancur berkecai sering kali dipaparkan dalam media sosial yang antara lain bukan berniat untuk mengaibkan seseorang sebaliknya ia sebagai pengajaran terutama golongan muda supaya lebih berhati-hati ketika mereka melayarkan bahtera cinta yang belum pasti lagi sampai ke destinasinya.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan percintaan

BEKAS kekasih lelaki itu bernikah dengan lelaki lain. - Kredit foto: TikTok @nurhasanah.azarya


Apabila hati sudah terluka atau cinta yang suci tidak kesampaian, pelbagai cara sanggup dilakukan untuk merawatinya dan adakalanya orang yang dikecewakan itu sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan maruah diri. 

Ia boleh membuatkan seseorang itu bertindak tanpa segan dan silu sehingga tergamak hadir pada majlis pernikahan untuk melihat mantan kekasihnya sekadar melepaskan kerinduan, walaupun tidak diundang.


kredit foto : Tiktok @nurhasanah azarya 



Baru-baru ini, tular video dalam media sosial yang mengisahkan seorang lelaki hanya mampu bersedih dan mengalir air mata di pipinya sambil ‘memeluk’ sebatang tiang dengan penuh penyesalan apabila menyaksikan mantan kekasihnya sedang bersanding di pelamin dengan lelaki lain.

Dalam video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @nurhasanah.azarya itu turut memperlihatkan pengantin wanita menjadi bingung serta serba salah akibat lelaki itu di luar jangkaan hadir pada majlis perkahwinannya.


LELAKI terbabit berbaju petak dari jauh kelihatan sedang memeluk sebatang tiang dengan perasaan sedih sambil menitis air mata melihat bekas kekasihnya berada di pelamin bersama lelaki lain. - Kredit foto: TikTok @nurhasanah.azarya


"Kenapa mantan kekasih datang ketika kita sudah bahagia dengan orang lain. Di sini pengantinnya (wanita) bingung, kerana di luar sudah ada mantannya datang,” tulis akaun Tiktok @nurhasanah.azarya.

Video berkenaan berdurasi selama 25 saat itu terdapat seorang lelaki yang memakai baju kemeja berpetak-petak itu sedang memeluk sebatang tiang sambil melihat dari jauh pengantin wanita di pelamin. Lelaki itu adalah dipercayai bekas kekasih pengantin wanita terbabit.


LELAKI terbabit akhirnya pergi ke pelamin untuk melihat wajah kekasihnya dengan berpura-pura membantu jurugambar yang sedang merakam gambar pengantin. - Kredit foto: TikTok @nurhasanah.azarya 


“Selepas pengantinnya keluar, mantannya melihat lelaki itu. Sambil memegang tiang lelaki itu sedih dan mengalir air matanya  yang akhirnya mantannya berani mendekati pelamin dengan pura-pura membantu jurugambar yang sedang mengambil gambar pengantin,” ujar Nurhasanah.

Portal Walipop.com pada 15 Mac 2022 lalu dipetik melaporkan, Nurhasanah itu adalah Make Up Artist (MUA) atau jurusolek (jurumekap) artis bagi pengantin wanita itu.

Tanpa dinyatakan lokasi kejadian tetapi ia dipercayai berlaku di Sukabumi, Jawa Tengah, Indonesia kerana MUA yang viral video itu tinggal di kawasan berkenaan.


PENGANTIN lelaki yang bernikah dengan bekas kekasihnya. - Kredit foto: TikTok @nurhasanah.azarya  


Kehadiran serta aksi lelaki di majlis perkahwin itu menyebabkan pengantin lelaki merasa kesal dan marah lalu dia bertindak untuk menukarkan pakaian pengantin walaupun  acaranya belum selesai lagi.

Namun, pengantin wanita bertindak mendekati pengantin lelaki untuk memujuknya supaya tidak emosi dengan kedatangan mantan kekasihnya yang tiba-tiba muncul di majlis pernikahan mereka.


ANTARA komen netizen daripada video yang diviralkan oleh @nurhasanah.azarya


Video tersebut viral sejak beberapa hari lalu sudah ditonton lebih 400 ribu penonton dan pelbagai komen daripada netizen termasuk ada juga yang turut bersimpati dengan nasib lelaki berkenaan.

“Ternyata suaminya lebih ganteng (kacak) dari mantannya ye,” ucap pengguna Tiktok @coco_melon.

“Mantannya pasti menyesal sangat dan soalnya jadi cantik begitu kayak Barbie hidup,” jawab akaun @hayyyy_.

“Iya, ternyata lebih ganteng suaminya. Alhamdulillah mendapatkan yang lebih baik,” ujar @Cancer NY13. - KitaReporters


14
14
0
12
0
You will be interested