SIAPA tak seronok kalau dapat hadiah lebih-lebih lagi hadiah itu daripada individu yang kita sayang, pasti tersenyum sepanjang hari. Perkara sama turut berlaku kepada seorang suami yang teruja selepas mendapat tahu akan menerima hadiah daripada isterinya yang tersayang sempena ulang tahun kelahiran yang akan datang. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan ibu mengandung:
https://kitareporters.com/search?search=mengandung
Mesti senyum meleretkan… ye la isteri nak bagi hadiah.
Perkara itu dimuat naik
oleh Amy Medusa sendiri dalam akaun Twitternya dan menjadi tular, baru-baru ini .
Kongsi @Amy Medusa, dia menyangka isterinya memberikan hadiah sebentuk jam pintar iWatch buatan syarikat Apple seperti yang didamkan selama ini.
“Tadi lepas makan isteri aku cakap dia dah belikan hadiah hari lahir aku awal dan nak bagi hadiah. Konon belikan iWatch...syukur Alhamdulillah,” kongsinya di laman sosial.
Namun keterujaan untuk mendapat jam impiannya bertukar
menjadi lagi gembira selepas membuka kotak hadiah yang diberikan isteri
tercinta.
Katanya dia menyangka hadiah yang diberikan itu adalah seutas jam yang diimpikan selama ini kerana kotak yang digunakan oleh isterinya menyerupai barangan idamannya. Rupanya isterinya hanya menggunakan kotak jam yang pernah dibeli untuk isterinya sebelum ini semata-mata mahu mengaburi matanya.
Hahaha.. terkena dengan orang umah sendiri!
Namun siapa sangka hadiah yang diterima lebih mahal daripada yang diidamkan kerana yang diterima hari itu adalah alat ujian kehamilan. Wow.. ni betul-betul hadiah hari jadi!
Menerusi foto dikongsi, alat berkenaan menunjukkan isteri Amy kini sedang hamil.
Posting berkenaan telah mendapat perhatian ramai
terutama netizen yang terhibur dengan cara kejutan itu dibuat, selain mengucapkan tahniah atas berita
gembira tersebut.
Tahniah Bro!! Semoga anak yang bakal dilahirkan nanti menjadi seorang anak yang soleh dan boleh berjasa kepada orang tuanya. - KitaReporters