Kisah Insan 29 Oct, 2020

Rumah dihempap pokok! Keluarga selamat! Ada di rumah jiran!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

"KEBIASAANNYA bila balik dari bekerja, saya terus berehat di rumah sebelum mandi, namun nasib menyebelahi saya apabila ketika kejadian ribut pada petang semalam (Rabu, 28 Oktober 2020) saya pergi ke rumah jiran sambil berborak-borak dengan mereka,” kata Mat Naim Hassan, 25 dari Kampung Tok Saboh, Kuala Besut, Terengganu. : KitaReporters

Rumah Mat Naim Hassan di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut rosak selepas dihempap pokok besar dalam kejadian ribut pada petang 28 Oktover 2020.


Lagi cerita-cerita berkaitan ribut:

https://kitareporters.com/search?search=ribut


Mat Naim berkata, jika ketika kejadian dia bersama keluarga berada di rumah kemungkinan mereka menjadi mangsa kemalangan selepas pokok besar tumbang dan menghempap rumah kediamannya pada pukul 7.30 petang 28 Oktober 2020.

Ketika kejadian, isterinya tidak ada di rumah kerana masih bekerja, manakala dua anaknya bersama beliau yang sedang berada di rumah jiran bersebelahan dengan rumahnya.


Tukang rumah Mat Naim Hassan terselamat ketika pokok  besar menghempap rumahnya dalam kejadian ribut yang turut merosak kira-kira 80 buah rumah yang lain.


“Sebelum kejadian saya nampak kepala rebut berpusing-pusing dan awam kegelapan disertai hujan dan mendengar bunyi letupan kuat rupa-rupanya ada pokok tumbang menimpa rumah saya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Dalam kejadian sebelum maghrib itu, ramai penduduk panik kerana dengan tiba-tiba angin kencang melanda beberapa kampung sekitar menyebabkan banyak rumah musnah dipukul rebut.

Mat Naim yang bekerja sebagai tukang rumah bersyukur kerana beliau dan dua anaknya terselamat dalam kejadian itu kerana rumah jiran tempat beliau berehat tidak terjejas dalam kejadian itu.


Antara rumah yang rosak teruk dalam kejadian ribut di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut, pada petang 28 Oktober 2020.


Ibu tunggal Fatimah Jusoh terpaksa tinggal di bahagian dapur selepas atap rumahnya tercabut diterbangkan angin


Seorang lagi mangsa, Fatimah Jusoh, 71, berkata ketika kejadian beliau tinggal bersama seorang cucu terkejut dengan kejadian ribut yang memukul rumahnya menyebabkan atap dan bumbung rumah tercabut.

Fatimah seorang ibu tunggal bagaimanapun bersyukur kerana terselamat dalam kejadian ribut yang pertama kali membadai rumahnya sejak tinggal lebih 30 tahun di kampung tersebut. 

Katanya, semua ruang tamu basah akibat hujan selepas atap rumah diterbangkan angin dan beliau terpaksa tidur di ruang dapur bersama cucunya. 

Fatimah menunjukkan atap rumahnya yang tercabut selepas dipukul ribut


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.30 malam itu.

Katanya, mengikut apa yang dilaporkan kira-kira 80 rumah terjejas teruk dengan kejadian ribut yang melanda enam kampung di kawasan berkenaan menjelang mahgrib semala Rabu 28 Oktober 2020.


Sebuah kedai makan turut mengalami kerosakan akibat dipukul ribut.


Sebuah lagi rumah penduduk yang rosak teruk dipukul ribut


Beliau berkata, selain rumah kediaman beberapa premis lain termasuk kedai, kios perniagaan dan bangunan awam turut mengalami kerosakan teruk akibat ribut berkenaan.

Beliau yang tidak sempat meninjau lokasi kejadian berikutan bapanya Che Ku Abdul Rahman Che Ku Abdullah, 81, meninggal dunia berharap kerajaan dapat membantu semua mangsa yang terbabit dalam kejadian tersebut. 

“Saya dimaklumkan pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dari enam kampung terbabit sudah turun padang membuat bancian dan mengambil data penduduk yang terjejas akibat ribut berkenaan,” katanya. - KitaReporters 


Penduduk mengutip semula atap yang diterbangkan angin untuk digunakan semula

1
2
17
2
2
You will be interested

Terbaiklah IKBN Pekan! 30 pelajar sertai gotong-royong di Lepar, Pekan! Usaha khidmat masyarakat

Seramai 30 pelajar IKBN Pekan sertai Gotong-royong Perdana di Batu Lapan Lepar, Pekan. Kesemua mereka adalah peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)

Video| Lahir dengan 11 jari, tanpa alat kelamin! Sering diejek, dihina! Ibu bapa reda ketentuan!

Pasangan Haryanto dan isterinya, Dewi Yulianti dari Sungai Landak, Cilincing dikurniakan seorang anak istimewa yang dilahirkan tanpa organ kelamin dan 11 jari
Adnan Mohamad in Kisah Insan 2 days ago

Video| Sempena hari lahir arwah Zulfarhan! Ebit Lew taja kedua-dua orang tua arwah pergi umrah!

Kisah pilu Zulfarhan Osman Zulkarnain dapat perhatian Ustaz Ebit Lew yang luangkan masa ziarahi kedua-dua ibu bapa arwah dan berikan hadiah tiket, pakej umrah
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 3 days ago

Ingin pulang ziarah arwah ibu! Tapi terlibat kemalangan maut! Jenazah disatukan dalam lahad sama!

Hasrat anak untuk pulang menziarahi kematian ibunya tak kesampaian apabila dia terkorban dalam kemalangan dan dikebumikan dalam satu liang lahad bersama ibunya
Adnan Mohamad in Kisah Insan 3 days ago

Kay terokai lombong emas! Kini bekal mesin dobi layan diri! Bukti ibu tunggal boleh juga hebat!

Datuk Kay bukan status ibu tunggal tidak halang dia berjaya selepas membabitkan diri dalam perusahaan melombong emas mentah di Kuala Lipis, Pahang.
Mohammad Ishak in Kisah Insan 5 days ago