Insan & Komuniti 21 Nov, 2020

Ustaz Ebit bagi motosikal, makanan! Bantuan untuk Orang Asli

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

KESAYUAN hati Ustaz Ebit Lew apabila mendengar khabar sedih berkenaan seorang lelaki Orang Asli di Kampung Kuala  Masai, dekat Pasir Gudang, Johor yang kehilangan motosikal akibat terbakar menyebabkan beliau bersimpati lalu membelikan sebuah motosikal  baharu untuk lelaki itu pada Jumaat, 20 November 2020. : KitaReporters


EBIT Lew (tengah) sedang mengangkat motosikal yang baharu dibeli itu untuk diberi kepada Amran Ronggi di perkampungan Orang Asli Kuala Masai, Johor pada 20 November 2020. - Kredit Foto : FB Ebit Lew 


Lagi kisah-kisah berkaitan Ustaz Ebit Lew:

https://kitareporters.com/search?search=ebit+lew


Turut diagihkan bantuan makanan kepada 84 keluarga Kaum Asli di perkampungan Kuala Masai itu ketika Ebit Lew menyerahkan motosikal itu kepada  mangsa motosikal terbakar, Amran Ronggi, 29

Sebelum kejadian itu, Amran bersama dua orang anaknya dikatakan dalam perjalanan dengan  motosikalnya ke Johor Bahru untuk mendapat bantuan Baitulmal bagi keluarganya tetapi motosikal mangsa terbakar di Plaza Tol Senai pada hari Isnin,16 November 2020 lalu.




EBIT Lew menunggang motosikal baharu sebelum diserahkan kepada Amran Ronggi di Kuala Masai, Johor, semalam, Jumaat 20 November 2020. - Kredit Foto : FB Ebit Lew


Kejadian yang menyedihkan itu dikongsikan laman Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, Johor selepas itu ia menjadi tular dalam media sosial sehingga mendapati simpati dari orang ramai.


 


MOTOSIKAL Amran yang musnah dalam kebakaran pada 16 November 2020. - Kredit Foto: FB Ebit Lew


Ebit Lew berkata sebaik sahaja beliau membaca cerita itu lalu hatinya menjadi sebak serta pilu kerana turut bersimpati dengan nasib malang lelaki itu. 

Beliau berkata Amran adalah daripada keluarga miskin dan motosikalnya yang terbakar ketika dia dalam perjalanan untuk meminta bantuan Baitulmal amat menyedihkan dirinya serta keluarganya.


EBIT Lew sedang beramah mesra dengan Amran di rumahnya di Kuala Masai, Johor. - Kredit Foto : FB Ebit Lew 


``Apabila memikirkan nasib malang yang berlaku ke atas Amran itu dan memang susah lah jika dia tiada motosikal untuk berkerja. 

 ``Lalu saya beli sebuah motosikal baharu untuknya dan saya sedekah padanya  dan hari ini saya sudah serahkan motosikal itu berserta sedikit wang perbelanjaannya kepada Amran,’’ kata penceramah itu menerusi Facebooknya, semalam, Jumaat 20 November 2020.


EBIT Lew bersama dengan masyarakat Orang Asli Kuala Masai, dekat Pasir Gudang, Johor


Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew amat terharu apabila Tok Batin di perkampungan Orang Asli itu mengucap terima kerana memberi sumbangan makanan serta sebuah motosikal kepada masyarakat di situ. 

``Allah tentukan dapat jumpa abang (Amran) tadi. Comel jer anak-anak kecilnya dan ramai orang kampung di situ ulang kali cakap terima kasih pada saya,’’ katanya di Facebooknya. - KitaReporters

5
0
0
0
2
You will be interested