Insan & Komuniti 04 Dec, 2020

Budak 4 tahun dirogol dengan ganas! Lelaki kejam dihukum mati

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
MANUSIA jahanam yang tidak punya hati patut dihukum sekerasnya. Justeru lelaki dikenali sebagai Liu, 54, dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Pertengahan Rakyat  (Intermediate People's Court) Harbin, China kerana merogol kanak-kanak berusia 4 tahun sehingga mengalami pendarahan dan beberapa organnya rosak. : KitaReporters 

Liu tidak rasa bersalah setelah dijatuhi hukuman mati kerana merogol seorang kanak-kanak berusia 4 tahun. - Kredit foto: Mail Online

Lagi laporan-laporan berkaitan rogol:

https://kitareporters.com/search?search=rogol


Mahkamah mengumumkan keputusan berkenaan pada Rabu, 2 Disember 2020.  

Kejadian berlaku pada 30 Ogos 2020 lalu di Harbin. Liu singgah ke rumah seorang kenalannya untuk meminta minuman. 

Dia tertarik melihat seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Yan Yan yang merupakan anak jirannya. 

Liu kemudian memujuk Yan Yan keluar berjalan-jalan. Sebenarnya dia mempunyai niat tidak baik.


Kanak-kanak bernama Yan Yan menjadi mangsa perkosaan. - Kredit foto: Mail Online

Menurut Mail Online memetik sumber beberapa media di China, Liu dan Yan Yang tiba di sebuah kawasan pembinaan tidak jauh situ lalu memperkosa kanak-kanak berusia 4 tahun itu dengan ganas. 

Bukan sahaja alat kelamin kanak-kanak itu rosak, malah ia turut merosakkan beberapa organ termasuk buah pinggangnya.

Mujur Yan Yan tidak dibunuh. Kanak-kanak itu dibawanya pulang ke rumah keluarganya esok paginya dalam keadaan tidak bermaya dan berdarah dalam seluarnya.

Antara tanda kecederaan pada tubuh Yan Yan. - Kredit foto: Mail Online

Liu terus ditangkap polis, sementara Yan Yan yang turut mengalami jangkitan kuman, dihantar ke hospital dan ditempat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Setelah menjalani hukuman penjara sebaik ditangkap, Liu terus dihadapkan ke mahkamah untuk pendakwaan.

Liu sewaktu dijatuhkan hukuman di Harbin, China pada 2 Disember 2020. - Kredit foto: Mail Online

Akhirnya pada Rabu, 2 Disember 2020, Mahkamah Pertengahan Rakyat, Harbin menjatuhkan hukuman mati terhadap Liu tanpa boleh mengemukakan rayuan. Namun Liu kelihatan tenang menerima hukuman tersebut. 

Hukuman tegas itu sebagai memberi pengajaran kepada orang ramai agar tidak boleh melakukan jenayah yang di luar batas manusiawi. - KitaReporters

0
1
2
2
1
You will be interested