Insan & Komuniti 17 Mar, 2021

Video| Sultan berdukacita! Nur Sajat hanya perlu ke pejabat MAIS dan buktikan dirinya wanita!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

NUR Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman. - Kredit Foto : Murai MY


``JIKALAU Nur Sajat seorang perempuan kenapa dia takut sangat untuk hadir ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk membuktikan dakwaan bahawa dirinya bukan seorang lelaki

``Dia (Nur Sajat) boleh datang bila-bila masa ke pejabat MAIS untuk mengesahkan jantinanya kerana setakat ini kita tiada sebarang dokumen daripada dia sama ada dia lelaki atau wanita dan kita sediakan doktor yang boleh mengesahkan itu semua,’’ kata Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

Beliau menyatakan demikian pada Selasa, 16 Mac 2021 sebagai mengulas dakwaan Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, seorang usahawan kosmetik yang mengakui dirinya seorang wanita selain memburukkan pegawai MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerusi laman sosialnya baru-baru ini.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Nur Sajat:

https://kitareporters.com/search?search=sajjad


TAN SRI ABDUL AZIZ MOHD YUSOF


Abdul Aziz berkata, pihaknya akan membantu Nur Sajat dan untuk mengelakkan dirinya keluar daripada agama Islam serta melakukan perbuatan lain yang ditegah oleh agama Islam yang suci itu. 

``Kita bersedia membantu dia, kita hendak selamatkan dia,  kita ada undang-undang dan kita tidak mahu disebabkan masalah itu dia sanggup keluar daripada Islam. 

``Kerajaan juga mahu memperbetulkan keadaan Nur Sajat yang menjadi isu kontroversi dalam kalangan masyarakat Islam dan jika dia serah diri kita bukan akan terus tangkap serta kurung dia dalam lokap kerana negara kita ada peraturan serta undang-undang,’’ ujarnya.


NUR SAJAT - Kredit foto: Media Hiburan 


Abdul Aziz memberitahu sehingga kini pihaknya gagal mengesan usahawan kosmetik itu walaupun sebelum ini dia secara terang membuat live menerusi laman Instagramnya. 

Ini kerana adakalanya kegiatan itu sukar dikesan kerana dipercayai dia menggunakan talian telekomunikasinya yang berdaftar di luar negara.


NUR SAJAT. - Kredit Foto : The Star


Sementara itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menerusi laman Selangor Royal Officer pada 16 Mac 2021 turut berdukacita berkaitan isu-isu yang menjejaskan akidah dan keislaman bagi umat Islam khususnya di negeri itu. 

Baginda bertitah,  tindakan pihak tertentu yang mengambil keputusan keluar daripada agama Islam akibat menghadapi pelbagai masalah menunjukan mereka tidak mempunyai pendirian serta tidak takut dengan balasan hukum Allah nanti.


SULTAN Sharafuddin Idris Shah Alhaj


``Beta berdukacita dan memandang serius perkara ini dan berharap MAIS dan JAIS mengambil tindakan selaras dengan prinsip mendidik, mencegah serta meningkatkan kefahaman sebaik mungkin kepada masyarakat Islam. 

``Umat Islam juga diminta sentiasa berpegang teguh dengan ajaran agama dan jangan mudah tergelincir daripada akidah Islam yang betul,’’ ujar baginda dalam kenyataannya dalam laman itu. - KitaReporters


1
0
0
0
3
You will be interested