Insan & Komuniti 20 Jan, 2021

Video| Guna kuali dan periuk! Cara mudah selamatkan anak! Semasa banjir di Kalimantan Selatan

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

MUNGKIN tidak terlintas difikirkan bahawa peralatan dapur mampu digunakan bagi memudahkan usaha menyelamatkan anak-anak kecil sewaktu bencana banjir. Ilham ini digunakan oleh beberapa keluarga yang dirakam foto mereka semasa berlaku banjir di wilayah Kalimantan Selatan, Indonesia baru-baru ini. : KitaReporters


Salah satu bahagian daripada sepuluh kabupaten (daerah) dan kota di sekitar wilayah Kalimantan Selatan, Indonesia yang terlibat banjir dengan ada antara rumah penduduk dan premis perniagaan, paras air mencecah bumbung. 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Kalimantan:

https://kitareporters.com/search?search=kalimantan


Semasa kejadian tersebut beberapa keluarga terlibat mengunakan peralatan berkenaan yang kebiasaanya hanya untuk memasak sebagai usaha memudahkan mereka membawa anak-anak kecil ke tempat lebih selamat, sekalipun air sudah mencecah hampir ke paras kepala. 

Hasil ilham yang dilakukan oleh keluarga-keluarga berkenaan mendapat perhatian dan tersebar dalam beberapa media sosial di negara tersebut serta mendapat komen simpati para pengunjung media-media berkenaan.


Seorang bapa meletakkan anak kecilnya dalam peti sejuk yang sudah dibuang pintunya bagi memudahkan beliau meredah banjir yang sudah mencapai paras bahu untuk membawa anak itu ke tempat selamat dalam banjir yang berlaku di Kalimantan Selatan Indonesia. - Kredit foto: Twitter @gjewahyudi, Antara.com, Detik News dan Politeia.id.



Antara bahan mereka gunakan ialah peralatan dapur yang saban hari digunakan bagi tujuan memasak seperti kuali dan periuk, di samping peti sejuk.

Sekalipun dilihat agak lucu tetapi inisiatif dan tindakan dilakukan sebagai usaha memudahkan mereka membawa anak-anak kecil meredah banjir yang paras air agak tinggi.

Dengan memasukkan anaknya ke dalam sebuah periuk seorang bapa sambil menjunjung anaknya meredah banjir dengan ketinggian hampir paras leher untuk membawanya ke kawasan selamat.


Salah sebuah keluarga mangsa banjir di Kalimantan Selatan meletakkan anak kecil mereka dalam kuali yang selalu digunakn untuk memasak bagi memudahkan membawa kekawasan selamat. Bayi ini kelihatan tenang kerana disertakan bantal dan selimut.


Manakala seorang bapa yang lain pula sanggup mengubah suai dengan membuang pintu peti sejuk dan meletakkan anak di dalamnya bagi memudahkan beliau membawa anak berkenaan meredah banjir yang sudah melepasi paras leher.

Sementara itu, sebuah lagi keluarga meletakkan anak kecil dalam kuali yang sering digunakan sebagai alat memasak dilengkapi dengan bantal dan selimut sebagai usaha memudahkan mereka membawa meredah banjir ke tempat selamat. 

Foto mengenai pelbagai cara ibu bapa menggunakan peralatan bagi memudahkan mereka meredah banjir dimuatnaikkan pada akaun twiter @gjewahyudi pada Sabtu 16 Januari 2021 lalu yang mendapat pelbagai komen, dengan kebanyakannya menyentuh perasaan.


Seorang bapa menjunjung anak kecilnya yang diletakkan dalam periuk besar semasa mengharung banjir yang sudah mencecah paras dada semasa banjir di Kalimantan Selatan, Indonesia. 


Sementara itu, menurut laporan Politeia.id, 10 kabupaten (daerah) dan kota di wilayah Kalimantan Selatan (Kalsel), Indonesia terjejas teruk akibat banjir yang melanda sejak Selasa 12 Januari 2021 dan terpaksa diisytiharkan darurat oleh pihak kerajaan.

Laporan itu menyebut, menurut maklumat Pusat Data Komunikasi Bencana, Badan Pengurusan Bencana Nasional (PNPB) wilayah yang terlibat ialah Kabupaten Tapin, Kabupaten Banjar, Kota Banjar Baru, Kota Tanah Laut, Kabupaten Hulu Sungai Tengah, Kabupaten Balangan, Kabupaten Tabalong, Kabupaten Hulu Sungai Selatan, Kota Banjaramasin dan Kabupaten Batola.


Antara perkampungan yang teruk ditenggalami banjir semasa melanda beberapa wilayah di Kalimantan Selatan.


Menurut Pegawai Perhubungan Awan PNPB, Raditya maklumat tersebut berdasarkan data yang dikumpul sehingga Ahad 17 Januari 2020.

Dalam pada itu, Detik News dalam laporannya menyeburt hingga Isnin 18 Januari 2021 seramai 15 orang disahkan terkorban akibat bencana kali ini.

Manakala jumlah penduduk yang terlibat seramai 39,549 orang dan sejumlah 24,379 buah rumah terjejas banjir berpunca daripada hujan berterusan di samping air pasang besar.

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) telah mengadakan lawatan mengejut ke Kalimantan Selatan, menurut laporan Tribunnews.com, untuk menemui mangsa banjir di samping meninjau keadaan banjir yang berlaku. 

Beliau juga menyumbangkan 10,000 pek bungkusan barangan keperluan asas kepada mangsa terjejas. - KitaReporters


Seorang ibu bersama anak kecilnya meredah banjir untuk ke tempat selamat semasa banjir di Kalimantan Selatan.


Salah sebuah keluarga di kota Banjarmasin menggunakan rakit buluh untuk membawa barangan ke tempat selamat semasa banjir melanda Kalimantan Selatan.


0
2
0
0
0
You will be interested