Insan & Komuniti 10 Aug, 2021

Sepasang kekasih nekad curi motosikal untuk lunas hutang bank! Jual motor curi dalam Facebook!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

RB dan BR yang dipercayai terbabit kes kecurian tiga buah motosikal dibawa keluar dari lokap Balai Polis Kota Tegal, baru-baru ini. - Kredit foto: Kompas.com


BAK kata pepatah orang-orang tua, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua dan perumpamaan ini seharus diyakini bagi mereka yang sering melakukan kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Demikian nasib yang dialami sepasang kekasih di Tegal, Jawa Tengah yang sehati sejiwa untuk bersama-sama melakukan kerja-kerja mencuri motosikal yang kemudiannya motosikal yang berjaya dicuri itu dijual di antara harga Rp2 juta dan Rp5 juta (kira-kira RM588 dan RM1,470) sebuah bagi melunaskan pinjaman bank lelaki itu.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan mencuri

PASANGAN kekasih sehati sejiwa yang sanggup mencuri motosikal demi untuk membayar hutang bank kekasih lelaki. - Kredit foto: Kompas.com


Pasangan kekasih itu akan menawarkan harga motosikal yang berjaya dicuri di beberapa lokasi perumahan di daerah itu menerusi jaringan laman sosial Facebook. 

Awalnya, pasangan kekasih terbabit yang dikenali sebagai RB (lelaki) dan DR (wanita) masing-masing berumur 23 tahun telah berjaya mencuri tiga buah motosikal termasuk sebuah motosikal di Tegal Kota dan dua buah lagi di Kabupaten Tegal dalam tempoh masa sebulan. 

Namun perbuatan menyalahi undang-undang, yang dilakukan oleh RB kerana tidak mempunyai  pekerjaan lain akibat pandemik Covid-19, akhirnya terbongkar selepas motosikal keempat yang dicuri dapat dikesan oleh tuan punya kenderaan.



Dipetik daripada laporan Tribunnews.com 6 Ogos 2021 lalu berkata, amat malang nasib RB kerana motosikal yang dicuri dari sebuah rumah di kawasan perumahan di Jalan Dadali, Kelurahan Randugunting, Kota Tegal itu telah disedari pemiliknya sendiri.  

Sebaik sahaja mangsa yang bernama Dinda menyedari motosikal diletakkan di halaman rumahnya telah hilang, maka mangsa mengajak rakan-rakannya untuk mencari motosikalnya yang disyaki sudah dicuri oleh orang.

Alangkah terkejut mangsa apabila dia terlihat motosikalnya sudah ditunggang oleh RB manakala DR menaiki sebuah motosikal lain yang dibawa semasa mereka pergi mencuri itu dan kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis.


Kredit Foto : Kompas.com


``Wang saya perolehi daripada jualan motosikal melalui Facebook itu bukanlah saya buat belanja untuk tujuan lain melainkan saya hanya membayar pinjaman saya di bank. Saya hutang bank sebanyak Rp 100 juta (kira-kira RM29,000).

``Dulu saya bekerja membekal ikan-ikan di pasar tetapi sekarang ini saya tidak mempunyai apa-apa pekerjaan selepas terkesan pandemik Covid-19 memyebabkan saya terpaksa mencuri motosikal untuk membayar hutang saya di bank,’’ katanya kepada polis selepas ditahan berikutan kes kecurian motosikal Dinda itu.



Ketua Polis Daerah Kota Tegal, ABK Syuaib Abdullah berkata pasangan kekasih terbabit menggunakan sebuah motosikal semasa mereka pergi mencuri motosikal penduduk dan apabila mereka berjaya mencuri motosikal, RD yang membawa motosikal yang dicuri itu.

Beliau berkata, kedua suspek menyesal melakukan perbuatan itu tetapi mereka terpaksa melakukannya akibat menbayar hutang bank.

``Pasangan kekasih itu akan terjerat hukuman penjara selama tujuh tahun dan mereka berjanji akan berkahwin selepas mereka keluar penjara nanti,’’ kata Syuaib. - KitaReporters


MOTOSIKAL yang dicuri oleh sepasang kekasih. - Kredit Foto: Kompas.com

0
2
1
0
1
You will be interested