RAMAI orang yang terkesan dengan kematian Siti Sarah Raissuddin, isteri pelawak dan pengasas Bubblebee Malaysia akibat Covid-19, sehingga ada yang sanggup mengambil risiko dibuang kerja, merentas negeri pulang ke Selangor bagi memastikan mereka mendapat suntikan vaksin lengkap dua dos.
Norfazira Mohd Ibrahim, 37, berkata dia memohon kebenaran majikannya di Johor agar dapat bekerja dari rumahnya di Taman Velok di Rawang kerana tidak mahu melepaskan peluang mendapat suntikan selengkapnya selepas penyanyi kesayangnya itu meninggal dunia tiba-tiba dan meninggalkan bayi yang tidak sempat mengecap titisan susu ibunya.
Norfazira, sanggup dibuang kerja untuk lengkapkan suntikan.
"Saya betul-betul terkesan dengan kematian Siti Sarah. Terus buat keputusan tegas balik ke sini kerana saya mendaftar nama di alamat Rawang. Alhamduliah hari ini dapatlah dos kedua ni.
"Bayangkan Siti Sarah mempunyai semua kemudahan rawatan dari vitamin, madu dan duit tapi akhirnya menerima nasib malang. Saya menganggap ini satu pengajaran agar kita tak boleh ambil mudah dengan usaha kerajaan menyediakan vaksin ini," katanya yang menyifatkan dia orang 'biasa-biasa" tiada jaminan selamat sepenuhnhya.
Dia adalah antara ratusan orang yang ditemui berpusu-pusu di Pusat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di UniKL British Malaysian Institute (BMI) di Kuala Lumpur pada 19 September 2021.
Dia bagaikan terkedu kerana Allahyarhamah Siti Sarah adalah seorang penghibur yang memiliki semuanya, wajah yang cantik, kaya dan sudah tentu menggunakan pelbagai pemakanan tambahan. Tetapi kalu sudah ditakdirkan dia menjadi mangsa wabak itu, bila-bila masa saja.
Selain itu, diisebabkan anak ada dengan emaknya di Rawang, Norfazira terus memohon mendapatkan kebenaran bekerja dari rumah.
"Saya cuma kerja kerani saja. Majikan macam tak benarkan bekerja dari rumah kerana jauh di Johor. Saya rela tunggu keputusan perbincangan majikan yang ada ura-ura untuk membuang saya. Takpelah, jika tiada rezeki di sana, kesihatan dan masa dengan anak-anak serta ibu bapa lebih mahal," katanya yang akan mencari kerja kilang di Rawang.
Seorang lagi yang 'walk-in' Sahawal Rani @ Megat Wawa berkata dia datang dari Keramat selepas mendapat tahu tempat itu dibuka untuk mendapat suntikan itu.
"Sebelum ini saya sudah lama mendaftar suntikan di MySejahtera tetapi tidak dipanggil. Bila tahu di sini boleh dapat suntikan, saya tak mahu tunggu lama-lama, dengar kata PPV akan ditutup secara berperingkat-peringkat selepas ini," katanya.
Hassan Basri Mohamad, 43, (gambar) dari Gombak pula juga senasib dengan Wawa, dia datang ke PPV itu selepas menunggu lama pendaftaran dalam MySejahtera itu, tiada respons daripada kerajaan.
"Saya perlu mendapatkan vaksin ini kerana keadaan kerja saya terbabit dalam bidang pembaikan ini memerlukan saya bertemu orang ramai termasuk ke rumah-rumah untuk kerja kontrak. Kalau lama lagi tunggu, mungkin peluang pula semakin susah dan mungkin bertambah sesak lagi apabila suntikan dibuka untuk remaja," katanya.
Masih bujang, Hassan berkata inilah kali pertama dia datang ke PPV secara walk-in (jumpa terus) untuk mendapatkan suntikan pertama dan tidak menjangka ramai lagi yang menunggu giliran mendapatkan suntikan itu.
Dah khemah kecil, hujan pula. Ada yang tak tahan kena maki oleh sukarelawan ini.
Sementara itu tinjauan KitaReporters di PPV itu mendapat beberapa anggota Rela bersikap agak kurang ajar dengan orang ramai yang terpaksa bersesak di bawah khemah kecil untuk saringan pertama kerana berlindung daripada hujan renyai pada hari itu.
"Jauh... jauh sikit. Tolong dengar arahan. Yang mana untuk suntikan pertama dan kedua. Orang tempatan di sini." jerit mereka yang mengejutkan suasana.
Seorang anggota Rela itu, Zila berkata dia dah 'tak tahan' kebanyakan pendatang asing yang beratur tidak faham bahasa Melayu.
Serorang wanita di situ, sempat menegur supaya jangan menjerit terlalu kuat kerana orang yang datang itu kebanyakan kali pertama dan tidak tahu peraturan dan penjarakan dalam keadaan khemah yang sempit itu.
Sumber Rela memberitahu, kebanyakan sukarelawan itu bekerja lebih 12 jam menyebabkan mereka mengalami sedikit 'tekanan'.
Shah, gembira dapat memberi khidmat bakti kepada masyarakat.
Sementara itu seorang pelajar UniKL yang mahu disebut Shah berkata, dia sudah bertugas di PPV itu sejak Julai 2021 lalu bersama-sama rakannya dengan bayaran elaun RM50 sehari. Pelajar tahun akhir kejuruteraan elektrik itu adalah antara puluhan sukarelawan yang berkhidmat secara kontrak bersama pegawai perubatan daripada hospital dan Kementerian Belia.
Sementara itu, Shuib yang kehilangan Siti Sarah kini mula membiasakan dirinya menjaga anak bongsunya, Ayash Affan.
Semalam Isnin, 20 September 2021, Shuib memberi salam dalam Instagramnya dengan ucapan, "New office, new routine. Selamat pagi semua, salam Isnin #AYASHaffan. Alhamdulillah."
Attyrasaari yang begitu teruja dengan cara Shuib atau Shahmira Muhammad menyiapkan bilik anak bongsunya yang begitu cantik sekali meluahkan rasa bahagianya, "untung masuk office ini, takde stress yang ada hanya kebahagian."
Cantikbyjelita turut mendoakan, "Semoga dipermudahkan urusan Shuib membesarkan ayashaffan dan anak-anak yang lain. Amiinn... ❤️"
"Alahh comelnya walaupun nampak dari jauh.. Semoga Ayash membesar dengan sihat ya..Tiada sakit supaya senang daddy menjaga Ayash," kata netizen, Zack Yasok dan disambut oleh ilis3m, "👏👏👏Alhamdulillah. You can do it." - KitaReporters