Insan & Komuniti 09 Sep, 2021

Video| Ghea Youbi beli banglo pada usia 19! Kini beli 2 kereta mewah! Satu untuk ibu bapanya!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this


ARTIS dangdut Indonesia, Ghea Youbi, 21, pada usia muda mampu membuktikan dapat membeli sebuah rumah dan dua buah kereta mewah dalam satu masa sekali gus untuk dirinya dan sebuah lagi kereta itu untuk kedua-dua ibu bapanya yang tersayang. 

Ghea Youbi membeli rumah tersebut kira-kira dua tahun lalu sewaktu umurnya 19 tahun dan dua buah kereta mewah iaitu Toyata Alphard dan Mitsubishi Pajero Sport yang dibelinya baru-baru ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan dangdut

GHEA Youbi dan kedua-dua ibu bapanya bersama dua buah kereta mewah di halaman rumahnya di Bandung, Jawa Barat.- Kredit foto: Instagram Ghea Youbi


Berasal dari Bandung, Jawa Barat, Ghea Youbi dengan nama asalnya ialah Ghalia Robyul Adawiyah dilahirkan pada 4 April 2000 ldan mula mencipta namanya setanding dengan artis lain di negara itu dengan lagu Gak Ada Waktu Beib.

Artis itu yang kini begitu popular dalam dunia hiburan di negara Republik Indonesia menyatakan hal sedemikian menerusi akaun Instagram peribadinya @gheayoubi dan menceritakan tentang dirinya ketika umur muda dapat membeli dua buah kereta mewah.



``Dari dulu lagi aku sudah tulis dan tampal pada almari baju. Ketika itu umur aku baharu 17 tahun dan aku sudah berhasrat untuk memiliki sebuah rumah semasa umur aku 25 tahun tetapi Allah masih sayang sama aku kerana aku dapat beli sebuah rumah lebih awal sewaktu aku umur 19 tahun (dua tahun lepas),’’ katanya yang mula menjadi artis dangdut sejak 2018 lalu.



Menurutnya, pemberian kereta mewah terhadap kedua-dua ibu bapanya, Nyanyang Saefuloh (ayah) dan Rita Rosmayani (ibu), sebagai mengenangkan pengorbanan orang tuanya yang selama ini bersusah payah membesarnya sehingga dia memperolehi kejayaan seperti yang dikecapi kini.

Laporan Suara.com pada 5 September 2021 lalu menyebut, rumah serta dua buah kereta mewah yang dibeli itu adalah duit simpanan daripada hasil kerjayanya membabitkan diri sebagai seorang penghibur selama tiga tahun.



 Kredit Foto : Instagram Ghea Youbi


``Alhamdulillah, pada tahun ini saya dapat beli dua buah kereta mewah. Satu untuk diri sendiri dan sebuah lagi untuk orang tua. Tiada apa yang dapat ganti jasa ibu bapa dan ini salah satu syukur & terima kasih pada orang tua yang selalu sayang dan jaga aku. Tidak seberapa tetapi semuga bermakna & berkah,’’ tulis Ghea Youbi dalam Instagramnya pada 4 September 2021 lalu.

Dalam posting tersebut, artis berkenaan bergaya bersama kedua-dua ibu bapanya di sisi kereta mewah yang baru dibeli itu.

Berdasarkan foto yang dipaparkan itu kedua-dua kereta mewah itu adalah berwarna putih. 

Ghea Youbi mengaku rezeki yang diperolehi dari hasil kerja kerasnya sepanjang kerjayanya sehingga dia mampu membuktikan impiannya berhasil dalam masa yang singkat itu. - KitaReporters


15
13
1
11
0
You will be interested