Insan & Komuniti 15 Sep, 2021

Shuib, anak-anak 'raikan' hari jadi Siti Sarah di pusara! Tempat berbeza, rasa cinta tetap sama!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


"Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!" Jika benarkan pepatah 'sehidup semati' ia memang sentiasa membuatkan orang yang masih hidup dijebak kerinduan yang tidak tertanggung.Maka Shuiblah orang tepat untuk menceritakan kisah cinta dua dunia yang hebat untuk diteladani.

Kerana hari ini Rabu, 15 September 2021, Shuib Sepahtu benar-benar membuatkan netizen sebak dan menangis tersedu-sedu apabila melihat dia membawa anak-anaknya, pertama kali menziarahi pusara Siti Sarah di Gombak.

"Selamat Ulang Tahun kelahiran yang ke-37 Sayang. Hari ini I dengan anak-anak datang ziarah ibu. Kami nak sambut hari jadi U di 'rumah baru' U. I tahu U ada je dengan kitaorang. In Sha Allah, semoga Allah SWT ampunkan dosa dan Allah tempatkan U di syurga tertinggi.

"Rasa cinta kita tetap sama. Semoga Allah satukan kita semua di syurga. Aamin, Al-Fatihah Siti Sarah Bt Raissuddin," kata Shuib dalam hantaran dalam Instagramnya dengan tag #15Sept1984-09Ogos2021.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Shuib Sepahtu

Kredit foto: IG Shuib Sepahtu




Setiap kali Shuib membuat hantaran dalam Facebook atau Instagramnya, 'berderu-deru' komen yang masuk dengan rata-ratanya sebahagian besar ibu memberitahu mereka menangis tersedu-sedan, setiap kali melihat foto Shuib dan anak-anak membuat aktiviti riadah, kegiatan keagamaan di rumah atau sekadar membawa ke pejabatnya untuk mengubati kesedihan mereka.


Uqasha Senrose. - Kredit foto: IG Uqasha Senrose



Pelakon Uqasha Senrose dalam Facebook turut menyatakan sebaknya melihat ketabahan yang dilalui Shuib dan anak-anaknya dalam mengharungi detik kehilangan Siti Sarah. 

"Jom sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah buat bidadari syurga pada hari ulang tahun arwah Siti Sarah Raissuddin hari ini, 15 September 2021."

Antara yang ditanya oleh Norazura Hussin atau nama Facebooknya, Wawa Usen ialah: "Al-Fatihah. Apa yang difikirkan oleh kanak-kanak itu ya, bila melihat pusara ibu mereka?"


Norazura Hussin @ Wawa Usen ... apa yang mereka fikirkan.


Sementara itu, Yasmin Yahya dalam Instagramnya turut meluahkan rasa sebaknya sambil  membayangkan bagaimana perasaan anak-anak Shuib yang merindui ibunya. 

Sambil disambut dengan doa oleh Mas Arina, semoga kasih sayang kalian kekal hingga ke akhir nafas. Al-Fatihah.

EE Dot pula 'menyampuk: "Saya suka tengok Talita, nampak dah matang dan In Sha Allah akan jadi kakak yang baik."


Hamadtuazma Hasan... sebak melihat anak-anak kecil yang merindui ibu mereka. 


Seorang ibu yang kerap mengikut perkembangan Shuib, Hamadtuazma Hasan berkata, dia tersedu-sedu menangis melihat 'kesulitan' ujian yang dilalui pelawak itu dengan memberitahu: "Menangis tersedu-sedu saya. Ya Allah berkatilah keluarga Shuib....Amin yrb."

Seorang lagi Noor Farina Ismail, berkata, "Allahuakbar. Selamat hari lahir bidadari Siti Sarah Bt Raisuddin. Semoga keluarga Shuib terus tabah." 

Dia mendoakan semoga anak-anak pengasas rangkaian minuman BubbleeBee itu terus membesar dengan kasih sayang dan didikan seorang bapa yang soleh. 

"Membesar dengan baik-baik ya anak-anak semua. Ibumu pasti bangga," katanya. - KitaReporters


Hari jadi Shuib ialah pada 12 September 2021, manakala hari jadi arwah Siti Sarah ialah pada 15 September 2021. - Kredit foto: IG Shuib Sepahtu

13
15
0
7
0
You will be interested