Insan & Komuniti 14 Aug, 2022

Video| Betul ke ni? Aliff Syukri menangis! Undur diri dari media sosial! Netizen anggap hanya helah?

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this



"HARI tu kata dah insaf (taubat), buat lagi," demikian tanya seorang netizen, Aza_Revandeza7381 (Raudzah) ketika mengulas pengunduran jutawan dan ahli perniagaan terkenal,  Datuk Seri Aliff Syukri  Kamarzaman yang dilaporkan sudah menutup akaun Instagramnya ketika mengumumkan penutupan tersebut dalam TikTok, yang dia benar-benar mengundurkan diri.

Sebelum itu, Bu4y4geb ada mengulas kenyataan Raudzah dengan soalan, "Betul ke? Dato?. Dato ni insaf betul2 ke? Tak Ni?.Hmm tahun ini dah berapa kali da maaf. Be strong, ya Dato. Enjoi ya,"

Aki Liya pula berkata, "Sekali dua bolehlah dianggap khilaf tapi kalu dah berulang, itu bukan khilaf lagi..alahai," katanya yang kemudian disindir oleh ucuyatti!, "Guna eye mo".


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan usahawan dan selebriti Aliff Syukri




Kali ini netizen sudah tidak mampu menahan rasa marah mereka dengan meluahkan pelbagai kritikan sambil menyindirnya. Seperti kata Ramesh, "Merdeka dia datang lagi dengan video baru."

Selepas dikritik hebat oleh netizen dan pendakwah sebab sering menimbulkan kekeliruan dalam media sosial setiap kali memuatkan aksi nyanyian. 

Akhirnya sekali lagi pada 13 Ogos 2022, Aliff Syukri sekali lagi mengumumkan dia berundur dari media sosial khususnya Instagram, yang mana dia mempunyai 4.3 juta pengikut, sambil menyusun jari sepuluh dari hujung rambut hingga hujung kaki memohon maaf.


Instagram Aliff Syukri telah diperibadikan (tidak boleh diakses secara terbuka, kecuali jadi pengikutnya).


Adegan 'lakonan' Alif Syukri yang kini viral dalam TikTok. - Gambar FB Nawawi Mahmood


Nawawi Mahmood dalam Facebooknya, menulis, "Ingatkan dia tidak dapat kasih sayang dan perhatian. Lama-lama, aku pasti dia sakit mental.

"Bila teruk dikecam, dia acah-acah minta maaf dan nak tinggalkan media sosial. Siap tunjuk ubat kononnya terpaksa tenangkan diri. Rupa-rupanya gambar ubat itu dia cedok dari Internet dan orang yang posting ubat itu mengaku itu ubat dia dalam posting dulu," katanya yang juga seorang pengkritik politik terkenal.




Kritikan keras itu antara luahan marah dan geram netizen selepas Aliff Syukri memuat naik pelancaran album terbaharunya berduet dengan Baby Shima yang bergelek yang dikatakan berbaur lucah.

 Ia turut menarik perhatian ramai pendakwah meminta supaya album itu tidak dilancarkan demi menjaga nama baik beliau dan keluarganya. 

Permohonan maaf Aliff Syukri itu ditujukan kepada ibunya, isterinya, anak-anak dan peminatnya dalam media sosial yang selama ini menyokong perniagaannya selama ini.




Kali terakhir pada 5 Disember 2018, Aliff Syukri memuat naik bayaran yang diterimanya dari Google Malaysia iaitu sebanyak RM53k dan kini saluran TV Terlajak Laris dalam YouTube mempunyai lebih 1.5 juta pengikut.

Terkini saluran itu dilaporkan mempunyai sudah mendapat pendapatan terkumpul sebanyak AS$1.4k dalam masa 90 hari lalu dan AS$84 dalam masa 7 hari. 

Kemudian selepas memuat naik video raya tahun ini, Alif Syukri dilaporkan mencanak sebagai influencer (artis berpengaruh) kerana videonya episod rayanya ditonton oleh 2.5 juta dan dan terkini dengan gelekan bersama Baby Shima sudah meraih rating tontonan lebih 2.6 juta.




Dalam satu muat naik terbaharu dalam TikTok itu, beliau berkongsi luahan rasanya, diiringi tangisan dengan didakwa mengalami kemurungan pada tahap dua. 

Malangnya ubat yang ditunjukkan dalam perkongsian terbaharu itu didakwa milik orang lain selepas ada seorang netizen mengaku gambar ubat itu yang pernah disiarkan olehnya dalam Internet.

iieyza komen, "Sekali buat hal, sekali menangis. 2X buat hal, 2X menangis. Bila nak tamat episod nangisss ni.. Harap3 tamat sudah yer. Sian tengok alip (Aliff) nangisss.'

Malah lebih "ganas" lagi kritikan tajam yang disuakan oleh Kazar Razak," Hari ini buat. Esok minta maaf. Lusa buat lagi. Tulat minta maaf lagi. Tubin buat lagi. Minta maaf lagi. Datuk buatlah sampai datuk pejam mata." 

Akhirnya Nadz91 ini turut memberi komen, "Another marketing strategy? Crying crocodile tears (tangisan buaya darat), will probably do very well for his business (mungkin melariskan lagi perniagaannya).  - KitaReporters



8
8
0
10
0
You will be interested