Insan & Komuniti 14 Jun, 2024

Syabas Skuad Waja Pulau Pinang! Perkasakan wanita dalam kes gangguan mental! Program pengurusan emosi!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:anakperlis65@gmail.com

Share this


Urusetia program yang menjayakan program ini bergambar kenangan.

Cakna dengan kes gangguan mental yang semakin meningkat khususnya dalam kalangan wanita, Skuad Waja Pulau Pinang tampil mengadakan Program Sumbang Bakti Skuad Waja bertemakan "Pengurusan Emosi Wanita Waja”.  

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Skuad Waja Pulau Pinang yang diadakan di Aeon Big Perai, Pulau Pinang.

Tema Hari Wanita Antarabangsa 2024 iaitu “Wanita Dijulang Negara Gemilang” sesuai digandingkan dengan pepatah "Tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia".


Dr Hazariah Abu Hassan (dua dari kiri) bergambar kenangan selepas majlis.


Pengerusi Program Sumbang Bakti Skuad Waja Pulau Pinang, Datin Dr Hazariah Abu Hassan berkata, objektif program ini adalah untuk memberikan kemahiran pengurusan emosi kepada wanita di samping menyalurkan bantuan berkaitan isu kesihatan mental yang mengambil kira permasalahan dalam komuniti.

“Wanita selain daripada menjadi ibu, ketua keluarga, ketua masyarakat, penggerak komuniti dan pemimpin global, mereka memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial,” ujarnya ketika dihubungi.

Moga program yang disertai 80 peserta kebanyakannya daripada kumpulan B40 ini dapat memartabat dan memperkasakan wanita di Malaysia ini.


Sebahagian daripada peserta program yang hadir.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ahmad Shukri Jamaluddin, Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang dan Raja Nur Afiqah Raja Zulkifli, Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang

Antara pengisian program yang diadakan ini ialah ceramah interaktif berkaitan Pengurusan Emosi, Post-Partum Depression, “Meroyan - Khayalan atau Kenyataan” dan Kesan Stres Terhadap Kesihatan serta Slot Motivasi “Bersinar Bak Permata”.

Penganjuran program seperti ini oleh pasukan Skuad Waja Pulau Pinang diharapkan akan dapat membantu mereka yang terlibat menangani permasalahan psikososial dalam masyarakat kerana emosi dan pengurusan stres merupakan noktah dalam pelbagai segmen kehidupan. - KitaReporters


Penglibatan semua panel dalam menjayakan program yang julung kali dianjurkan ini.

Peserta program bergambar kenangan di majlis itu.
19
13
0
11
0
You will be interested