Antara buku yang dihasilkan selepas Harry-Meghan meninggalkan Istana Buckhingham
NAMPAKNYA Putera Harry anak kedua mendiang Lady Diana Spencer yang juga bekas Puteri Wales akan lebih selesa dipanggil dengan gelaran "Tuan" dan isterinya, Meghan Markle sebagai "Puan" sekiranya Parlimen England sah meluluskan undang-undang untuk melucutkan gelaran mereka.
Ini bermakna usaha untuk memutuskan pertalian Harry sekeluarga dengan keluarga monarki England itu sudah hampir berjaya.
Ini kerana pada masa yang sama Harry dengan pasukan peguamnya sedang "bertarung" menyaman kerajaan terutama penguat kuasa undang-undang di negara kelahirannya yang dilaporkan enggan menyediakan pasukan keselamatan ketika dia pulang ke Britain. Sebelum itu polis sudah menolak permohonan dengan alasan pasukan polis tidak boleh dibeli begitu saja.
Harry mendakwa dia "dipaksa" meninggalkan United Kingdom dengan keluarganya serta berpindah ke California, Amerika Syarikat (AS) selepas tidak lagi menyertai pasukan kerabat diraja bekerja pada 2021.
Sejak itu, setiap kali pulang dia berasa tidak lagi selamat terutama keselamatan anak-anak dan isterinya.
Harry bukan saja trauma kerana menyaksikan ibunya terbunuh selepas Diana tidak lagi diberi perlindungan selepas bercerai dengan Charles yang ketika itu menjawat Tengku Mahkota dengan gelaran Putera Wales.
Diana maut dalam kemalangan kereta di dalam terowong di Paris selepas adegan kejar mengejar dengan sekumpulan jurugambar bebas.
Malah nasib malang juga menimpa Meghan apabila dia dikritik keras oleh media di England selepas perkahwinanya. Dia dilaporkan kena berkurung dalam istana yang jika tiada tindakan meninggalkan istana dilakukan akan menyebabkan dia mungkin mengalami tekanan perasaan sebagaimana Diana.
Selepas berpindah ke AS, Harry-Meghan mendedahkan dalam temu ramah dengan Oprah Winfrey, ada ahli keluarganya mempersoal warna kulit anak sulungnya, Archie sehingga menimbulkan suasana tegang.
Kemudian Harry menghasilkan buku biografi & memoirs "Spare" yang turut mengheret ketegangan itu berlanjutan sehinggalah abangnya, Puteri William dan isterinya, Kate Middleton turut "marah" dan mereka kini dilaporkan perang dingin.
Harry memberitahu pernah dia dan abangnya itu bergaduh kerana William tidak sukakan Meghan.
Buku Spare itu antara lain memetik kata-kata Raja Charles, Harry adalah alat ganti kepada abangnya, William yang akan menjadi putera mahkota.
Buku itu dijual sebanyak 1.43 juta di AS, Kanada dan Britain, sekali gus mencipta rekod tertinggi yang pernah dicapai oleh penerbitan Pengiun Random House. Sebelumnya itu, Meghan turut menerbitkan buku sketch bertajuk Bench.
Dilaporkan ratu juga tidak begitu suka Meghan sejak awal lagi kerana Meghan seorang janda serupa dengannya dan Meghan dikatakan cuba mengambil kesempatan ke atas Harry yang menggunakan gelaran diraja itu.
Meghan membuktikan dia tidak peduli pun dengan darjat dan kemashyuran dengan memutuskan untuk melangkah keluar dari Istana Buckhingam dan tidak pernah ke Britain walaupun ketika Ratu Elizabeth mangkat.
Pendedahan buku Endgame oleh Amazon.com yang dilancarkan pada 28 November 2023 oleh wartawan diraja yang bertugas untuk Harper Bazar, Omid Scobie selepas meletupnya buku Finding Freedom.
Apa yang bikin warga Britain tersedak bila membaca buku Endgame ialah melabelkan raja yang tidak popular, putera raja yang lapar kuasa, ratu yang terdesak dan melakukan apa saja untuk mengekalkan imejnya dan putera raja yang terpaksa memulakan hidup baharu disabotaj oleh keluarganya sendiri.
Kematian Ratu Elizabeth dikatakan punca keruntuhan dinasti House of Windsor memaksa monarki tertua di Eropah itu perlu mengambil langkah menyambung kesinambungan sistem beraja agar dapat terus hidup. - KitaReporters
Buku Endgame oleh Omid Scobie (gambar kanan) itu menimbulkan ketegangan sebab dia mengulang kisah kerabat yang mempersoal warna kulit cicit mendiang Ratu Elizabeth I yang dikatakan sebagai mengaitkan perkauman.