Insan & Komuniti 20 Apr, 2025

Nak belajar tak? Ilmu buat keranda! Belajar daripada bekas Bendahari Surau Al-Ershad, Taman Kaya!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: awangani@gmail.com

Share this

Papan plywood (papan lapis) yang digunakan untuk membuat kerana sudah dipotong sebelum menyiapkan sebuah keranda


Bukan mudah untuk membuat sebuah keranda bagi kegunaan orang Islam yang meninggal dunia. Jika tidak mempunyai guru yang mahir sudah tentu sukar untuk menghasilkan sebuah keranda.

Namun begitu dengan berkat tunjuk ajar bekas Bendahari Surau Al-Ershad, Taman Kaya di Taiping, Adnan Ahmad membuktikan ilmu itu telah dipelajari dua orang jemaah iaitu Azhar Abbas dan Nadzri Hanif.

Kedua-dua mereka dengan diberi tunjuk ajar oleh Adnan berjaya memanfaatkan ilmu pembuatan keranda bagi kegunaan masyarakat Islam apabila keranda diperlukan.


Adnan Ahmad (kanan), Nadzri Nahif (tengah) dan Azhar Abbas (kiri) menunjukkan sebahagian keranada yang telah siap dibuat di Surau Al-Ershad, Taman Kaya di Taiping.


Adnan berkata, dia telah membuat keranda yang diperbuat daripada plywood (papan lapis) ini sejak 10 tahun lalu. Katanya, sebuah keranda boleh disiapkan dalam tempoh 40 minit.

“Sebuah keranda memerlukan sekeping papan lapis setebal 12 milimeter. Papan tersebut dipotong sepanjang 193cm, lebar 50.75cm  dan tinggi 30.5cm.

“Saya tidak belajar di mana-mana untuk membuat keranda. Ia adalah menggunakan kemahiran sendiri,” katanya ketika ditemui di Taiping.


Adnan ahmad (kiri) melihat Nadzri Hanif membuat sebuah keranda di Surau Al-Ershad, Taman Kaya di Taiping.


Sementara itu, Azhar yang turut mempelajari ilmu membuat keranda berkata, jika berlaku satu kematian dalam kariah surau di Taman Kaya, Taiping, bayaran RM50 sahaja bagi sebuah keranda untuk ahli kariah, manakala bagi bukan ahli kariah, bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM250 bagi sebuah keranda.

“Banyak keranda yang dibuat di sini (Surau Al-Ershad) ada digunakan oleh surau-surau berdekatan,” katanya.

Sehubungan itu, mana-mana surau berdekatan yang memerlukan keranda boleh berhubung dengan Surau Al-Ershad, Taman Kaya. - KitaReporters

15
6
0
16
0
You will be interested