Insan & Komuniti 27 May, 2025

Opah Ngomel| Beli ni bini tak marah! Ada sanggup bayar sampai RM5k! Beli sebijil model Hot Wheels!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai Stringer Berita Harian, Wartawan Berita Harian, Penyunting Harian Metro, Grup Editor Majalah IBUBAPA. Emel: kartini.mdnoor63@gmail.com

Share this

Mohd Faizal Ahmad sudah 14 tahun terbabit dalam hobi mengumpul kereta mini.


"BELI ini baru bini (isteri) tak marah!," demikian kata Mohd Faizal Ahmad seorang pengumpul kereta mini model Hot Wheels ketika membicarakan alasan dia menggumpul kereta model dan pernah memiliki aset lebih RM300k ketika waktu kemuncak membeli, mengumpul dan menjual balik kereta itu.

Jadi jangan ingat pelaburan dalam emas, kripto serta hartanah saja boleh buat duit.

Pelaburan dalam mengumpul kereta mainan model ini juga boleh menjadi aset menguntungkan sebabnya jika disimpan sebagai koleksi edisi terhad, harganya boleh melambung, berlipat kali ganda bila dijual semula. 

Sebab itu ada yang memberitahu Opah, laburlah dalam kereta mainan, terbukti koleksinya ada di depan mata.

Selain itu juga, kereta model ini seolah-olah dapat memenuhi impian sesetengah orang yang minat dengan kereta mewah. Daripada tidak cukup baget membeli kereta Ferrari atau "sportscar" berjenama hebat itu, bolehlah beli Hot Wheels. Janji kereta, tidak boleh dipandu tetapi dalam bentuk yang lebih kurang sama.


Kereta mini Mr Bean menjadi rebutan pengumpul.


Peminat kereta model datang berduyun-duyun.


Faizal dari TolakTarik Diecast memberitahu sebelum Covid-19 dia pernah mengumpul hampir koleksi kereta model bernilai RM300k yang diperolehi dari beberapa negara sebagai simpanan peribadi dan untuk dijual. 

Selalu dia beli 60 hingga 70 biji kereta itu. Setengahnya disimpan dan bakinya dijual dalam talian.

Dia yang minat kereta mainan itu sejak kecil dan seperti orang lain, manalah kita mampu membelinya. Sebab itu sebaik saja bekerja, dia terus membeli kereta mini Romeo dengan harga RM300, 14 tahun lalu. Kini ada orang mahu membelinya dengan harga RM4,500.

Ada penggumpul wanita tak?...."Ooo kebanyakan wanita suka membeli kereta Mini Cooper." kata Faizal. 

Faizal yang juga seorang jurutera syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) secara bergurau memberitahu dia memilih melabur dalam kereta mini bukan saja sebagai hobi malah cara terbaik bagi mendapatkan pendapatan tambahan.

"Beli dan jual kereta macam ni isteri pun tak marah sebab mereka tahu ke mana duit kita dibelanjakan. 

"Saya membeli kereta ini sebagaimana peminat kereta mewah yang lain. Kita tahu kan, hendak beli kereta saiz sebenarnya memang tidak mampu," kata Faizal yang  menggunakan khidmat dalam talian untuk menjual atau mencari model baru.

Dia membeli kereta dari Jerman, China dan Korea. Manakala ketika menjualnya dalam talian, pelanggannya sejauh Turkiye menempah daripadanya. 


Mohd Tarmizi Mohamad menunjukkan kereta edisi terhad, model itu bernilai lebih RM7,000


Malah Opah diberitahu oleh seorang lagi penjual kereta model itu, Mohd Tarmizi Mohamad, ada orang sanggup membayar sehingga RM7,500 untuk membeli kereta model dengan ukuran berskala 164 untuk dijadikan koleksi.

Peminat itu tahu harga kereta itu akan meningkat dari setahun ke setahun.  Dia memberitahu ada pelanggannya dari luar negara yang sanggup membayar harga mahal itu . 

Pelanggannya dalam pelbagai peringkat umur. Ini kerana dalam dunia permotoran model ini ramai yang taksub kerana kecantikan dan seni membuat kereta itu sama dengan kereta sebenar.


Hot Wheels Ninja Turtles 

Bermula dengan harga ribuan.


Ini harganya RM950. Ada berani beli?


Dari sekecil kereta berskala 1/64 sehingga 1/18 besarnya kereta model yang menjadi rebutan kolektor bukan saja dalam kalangan orang Malaysia malah jualan turut dibeli oleh pelanggan dari luar negara. 

Tarmizi yang mewakili syarikat AKIDS Diecast Store, beribu pejabat di Melaka sering menyertai acara pameran tetapi inilah kali pertama pasukannya menyertai pameran The Model Car Show (TMCS) di IOI Mall Damansara pada 24 Mei 2025 lalu.

AKIDS Diecast Store turut menawarkan khidmat menjual kereta mini kepada mereka yang berminat menjadi pemborong serta pengumpul yang mahukan koleksi eksklusif. 

Opah yang menemani anak lelaki kebetulan bertemu dengan orang muda itu yang jelas seronok berniaga kereta model itu, melihat Faizal dan Mohd Tarmizi dengan beberapa kakitangan, sibuk melayan pelanggan. 

Daripada koleksi berharga RM175 untuk empat set kereta sehinggalah kereta yang berharga daripada RM200 hingga ribuan ringgit.


Mewah dan kegilaan orang kaya.


Pilih-pilih mana satu pilihan hatimu.


Pertandingan "pandu" kereta dengan jari.


Sepanjang pameran dua hari itu, pengunjungnya dari sejauh China dan beberapa negara lain berpeluang membeli-belah promosi kereta model dengan diskaun sehingga 50 peratus. 

Menyaksikan kereta mewah yang dipamerkan dan merakam gambar kenangan. Termasuklah Opah yang turut merakam kereta yang pernah disebut sebagai legen dalam pemotoran.

Malah pengunjung juga didedahkan dengan maklumat mengenai kereta mainan itu dan ramai juga yang sanggup beratur ke kaunter kereta dari luar negara untuk mendapatkan Hot Wheels.

Turut dijual model kereta yang digunakan dalam filem Ghostbusters, Mr Bean, Barbie dan Ninja Turtles. 

Ada juga pempemgaruh yang turut membuka kiosk jualan dan menyediakan khidmat nasihat serta membuat siaran langsung. Tidak ketinggalan juga ada cabutan tiket bertuah. 

Paling menarik ialah  acara memandu kereta mini guna jari yang menawarkan hadiah kereta mini yang sangat comel.  - KitaReporters


Ini salah satu kereta antik yang dipamerkan.


Kereta legen.


9
12
0
9
0
You will be interested