Insan & Komuniti 10 Jan, 2025

Tak perlu lagi ke pejabat urusan! Kios Sentuhan Madani ada! Khidmat JPJ, Pos Malaysia, TNB, KWSP! - PM

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Dengan matlamat mendekatkan lagi perkhidmatan awam kepada rakyat serta dibantu oleh kemudahan teknologi canggih, kerajaan Malaysia Madani kini memperkenal Kios Sentuhan Madani.

Justeru, rakyat tidak lagi perlu berurusan di pejabat-pejabat kerajaan atau swasta pada hari dan masa tertentu, tetapi kini mereka boleh berurusan dengan kios digital di pusat-pusat beli belah.

Alhamdulillah, Kios Sentuhan Madani yang pertama telah berjaya diwujudkan di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya.



"Saya sempat melihat dan mencuba sendiri kios digital agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta yang tersedia untuk dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat.

"Ini merupakan satu prakarsa (inisiatif) terbaharu bagi memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kios tersebut melibatkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pos Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Tenaga Nasional Bhd (TNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan MyDigital ID.

"Ini satu lagi prakarsa penting daripada kerajaan dalam menambah baik perkhidmatan awam dan menyantuni keperluan masa kini rakyat, Insya-Allah," tegas Perdana Menteri. - KitaReporters/Kenyataan Media


18
7
0
8
0
You will be interested