Usaha seorang pemain profesional biola yang ingin mengumpul duit bagi menggantikan kerusi roda eletrik ayahnya yang telah rosak demi keselesaan ayahnya telah mengundang perhatian ramai.
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @EndangHyder dalam laman Twitter, beliau memaklumkan keperluan bajet melalui perkhidmatan persembahan untuk menggantikan kerusi roda ayahnya bagi memudahkan pergerakan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapatkan rawatan.
Lagi
“Saya masih memerlukan perkhidmatan persembahan untuk bulan ini dan Januari tahun 2023. Tempahan anda untuk persembahan saya akan membantu untuk menggantikan kerusi roda elektrik ayah saya yang baru bukan sekadar kelemahan bateri yang turut perlu diganti.
“Ini untuk memudahkan pergerakan ayah saya ke IJN. Untuk mendapatkan perkhidmatan, saya boleh dihubungi melalui panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp,” ciapnya.
Rata-rata pengguna media sosial mendoakan urusan pemain biola itu dipermudah selain menyatakan minat untuk mempelajari alat muzik itu daripada beliau dengan mengemukakan pertanyaan sekiranya beliau menyediakan pembelajaran dan kelas latihan.
“Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki,” doa @Safwnsmt.
“Berapa harga untuk setiap lagu dalam persembahan,” soal @sha_hussin.
“Saya berminat untuk belajar main biola, ada buat kelas belajar,” soal @coffeelatle. - KitaReporters