Insan & Komuniti 12 Dec, 2022

Video| Tolong kami! Bantu Khairunnazarudin Mohd Affendi! Perlukan RM30k! Belanja rawatan perubatan!

@abdul razak din
Wartawan selama lebih 30 tahun, bekas wartawan Utusan, bekas Penolong Pengarang Ekonomi, bekas Penolong Pengarang Suplemen, bekas Pengarang Prosesan Utusan Malaysia (razakdin939@hotmail.com)

Share this

BEKAS kakitangan syarikat Utusan Melayu (M) Berhad, Khairunnazarudin Mohd Affendi memerlukan sebanyak RM30,000 untuk rawatan perubatannya akibat serangan pelbagai jenis penyakit yang dihadapinya.

Beliau yang kini terlantar di rumahnya sejak dua tahun lalu hanya mengharapkan pendapatan isteri untuk meneruskan penghidupannya. 
"Saya mengalami pelbagai masalah penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan lain-lain lagi sejak dua tahun yang lalu.
''Saya kini tidak mampu berjalan dan tidak boleh keluar rumah untuk mencari rezeki,'' kata bekas kakitangan Utusan yang pernah berkhidmat di Jabatan Pengeluaran di syarikat yang kini telah digulungkan itu di Bangi dan Pulau Pinang. 

Semasa musim Covid-19 pada 2021, beliau terpaksa menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh.

"Keadaan kesihatan saya bertambah teruk kini kerana bahagian kaki yang membengkak dan terdapat warna kehitaman,'' kata Khairunnazarudin ketika ditemui di rumahnya di Ipoh.


Katanya, beliau kini tidak mampu lagi membeli ubat di klinik swasta dan tidak boleh juga mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.
Beliau juga memerlukan bantuan katil pesakit untuk memudahkannya tidur.
"Seluruh badan terasa sakit-sakit dan jika ada katil tu mungkin boleh tidur lebih selesa pada waktu malam," katanya.
Oleh itu Khairunnazarudin merayu sangat bantuan dan sumbangan daripada orang ramai bagi membantunya dalam merawat penyakitnya demi meneruskan penghidupannya dan keluarga.
Beliau kini menetap di C-1-23 Flat Panorama, Persiaran Lapangan Perdana 3, Lapangan Perdana Panorama, 31650 Ipoh, Perak.
Kepada sesiapa yang sudi membantu boleh menghulurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam atas nama Muhammad Hariz Fadlan (anaknya) pada akaun bernombor 08013024094647
Nombor telefon bimbit Khairunnazarudin ialah 01137819008. - KitaReporters

10
14
1
11
1
You will be interested