Fatimah Sham (tengah berkerusi roda) bersama-sama anak, cucu dan cicit pada sambutan Hari Keluarga Opahku di Saza Villa Resort, Linggi, Melaka, 31 September 2022.
MENGALIR air mata Fatimah Sham Laidin, 92, apabila akhirnya dapat menyertai sambutan Hari Keluarga Opahku selepas dua tahun lebih tidak dapat bersama cucu dan cicit seperti setiap tahun berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP) pandemik Covid-19 yang melanda negara.
Seramai 56 orang termasuk enam anak, 21 cucu dan 11 cicit beliau hadir pada majlis yang diadakan di Saza Villa Resort, Linggi, Melaka pada 31 September 2022.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan opah atau nenek
Fatimah Sham yang berusia 92 tahun.
Anak keempat beliau, Datin Norliza Mohd Yusuf, berkata
sememangnya setiap tahun dia akan berpakat dengan adik-beradik untuk mengadakan
sambutan hari keluarga semata-mata bagi meraikan ibunya, Fatimah Sham yang semakin
meningkat usia.
Menurutnya, berikutan pandemik Covid-19 sambutan itu tidak
dapat diadakan, manakala ibunya terpaksa berkurung sahaja di dalam rumah dan
mereka hanya mampu bergilir-gilir untuk datang menziarah dengan mematuhi Garis
Panduan & Operasi Standard (SOP) pandemik berkenaan.
Jelasnya, kami adik-beradik bersyukur kerana dalam tempoh itu ibu yang menetap di Cheras, Selangor tetap berada dalam keadaan sihat walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak dan tidak berasa kesunyian apabila sering dikunjungi anak-anak.
“Alhamdulillah kesihatan ibu kami ini terjaga dengan baik terutama daripada wabak pandemik Covid-19 dan sentiasa mendengar nasihat anak-anak untuk bertabah menghadapi sebarang masalah selain menjaga kesihatan.
“Apabila pandemik Covid-19 semakin reda dan pulih mulai awal tahun ini saya bersama adik-beradik berbincang untuk mengadakan sambutan hari keluarga seperti sebelumnya bagi mengembirakan hati ibu untuk berkumpul dengan anak, cucu dan cicit,” katanya.
Fatimah Sham (tengah berkerusi roda) bersama-sama anak dan menantu.
Anak Fatimah Sham hasil perkahwinan dengan arwah suaminya Mohd Yusuf Abdul Shukur yang meninggal dunia 39 tahun lalu ialah Nurulakmar, Norazita, Nor Azlina, Norliza, Nor Fazilah dan Nor Soraya Mazwin.
Bagi memeriahkan sambutan Hari Keluarga Opahku yang bertemakan ‘Opah Sentiasa Di Hatiku’ itu turut diadakan acara seperti senamrobik, sukaneka dan pertukaran cenderamata antara ahli keluarga juga sumbangan hadiah kepada opah Fatimah Sham manakala sebelah malam disulami dengan majlis bacaan Yasin dan tahlil di surau villa berkenaan.
Nurulakmar Mohd Yusuf
Nurulakmar Mohd Yusuf, yang lebih dikenali dengan panggilan Mak Long, berkata sambutan itu juga secara tidak langsung untuk mengeratkan hubungan dan semangat kekeluargaan kerana ada antara mereka yang bekerja atau bertugas luar dari Lembah Klang.
Jelasnya, perkara itu juga sering diingatkan oleh ibunya supaya sentiasa menjaga hubungan adik-beradik untuk berada dalam keadaan baik sepanjang masa manakala saudara mara, cucu dan cicit mengenali antara satu sama lain.
“Saya bersama adik-beradik amat berasa bersyukur kerana ibu diberi kesihatan dalam usia yang semakin lanjut dan masih mengingati kisah silam membesarkan anak-anak selepas kematian bapa supaya berjaya dalam kehidupan membuatkan ikatan silaturahim antara kami makin erat,” katanya.
Fatimah Sham (tengah) turut menyertai sukaneka yang diadakan sambil berbual-bual dengan anak, cucu dan cicit.
Manakala Nurshyazwanee Ahmad Zaki, cucu Fatimah Sham, berkata dia kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh opahnya itu untuk membesarkan anak-anak sehingga sekarang masih mampu mengukir senyuman walaupun berkerusi roda.
“Pada sambutan ini memberi banyak manfaat kepada kami semua sebagai cucu apabila dapat berjumpa untuk mengenali antara satu sama lain kerana tanpa perjumpaan begini agak susah untuk bertemu secara bersemuka terutama selepas pandemik Covid-19,” katanya.
Fatimah Sham turut melahirkan rasa terharu apabila dapat
bersama dengan anak, cucu dan cicit pada sambutan itu walaupun terpaksa disorong
dengan kerusi serta mengagahi diri untuk
hadir.
“Saya mahukan anak-anak dapat terus mengeratkan hubungan kekeluargaaan antara mereka dan cucu serta cicit dapat membesarkan dengan sempurna sehingga berjaya dalam hidup,” katanya yang merupakan anak sulung daripada 10 beradik. - KitaReporters
Nurshyazwanee Ahmad Zaki
Fatimah Sham (kiri) bersama-sama anak dan cucu menyertai bacaan Yasin dan tahlil di surau villa berkenaan.